Penyepaduan skala sangat besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Acuan lapisan atas Intel 80486DX2

Penyepaduan skala sangat besar atau very large-scale integration (VLSI) merupakan langkah terakhir dalam proses pembangunan litar bersepadu. Bermula pada 1980-an dan masih berterusan sehingga kini, litar jenis ini boleh menempatkan beratus ribu transistor dalam satu litar. Pada fasa-fasa terakhir ia telah mampu menempatkan hampir sejuta transitor dalam satu litar.

Buat kali pertama ia dapat menjadi kenyataan untuk menempatkan CPU yang pada satu ketika dahulu sebesar almari ke dalam hanya satu cip yang kecil atau dikenali sebagai mikropemproses.

Pada tahun 1986, cip RAM satu megabit tercipta yang mengandungi 1 juta transistor terhasil. Cip mikropemroses yang dihasilkn pada tahun 1994 pula telah mempunyai lebih dari 3 juta transistor. Kini pada 2007, sebuah cip mampu memiliki satu bilion transistor ingatan.

Penyepaduan skala ultrabesar[sunting | sunting sumber]

Untuk menunjukkan perkembangan kekompleksan litar bersepadu, nama penyepaduan skala ultrabesar atau ultra-large scale integration (ULSI) diberikan kepada litar yang mampu mengambil lebih sejuta transistor, meskipun dari segi kuantitatif dan kualitatifnya ia masih dalam tahap yang sama dengan VLSI. Oleh itu, istilah ini jarang digunakan.