Pergi ke kandungan

Penyerang (bola sepak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Penyerang)
Penyerang (berbaju merah) cuba menjaringkan gol

Penyerang (bahasa Inggeris: Forward, sering disingkatkan sebagai FW) merupakan salah seorang pemain dalam sebuah pasukan bola sepak. Pemain di posisi ini merupakan pemain yang paling hampir dengan kawasan gol (dalam kotak penalti) pemain lawan dan ditugaskan untuk menjaringkan gol. Posisi ini lebih kepada menyerang berbanding bertahan dan mampu untuk menghasilkan banyak gol berbanding pemain yang lain. Mereka yang bermain di posisi ini lebih dikenali dan sering merupakan pemain termahal dalam sesebuah pasukan.

Dalam formasi bola sepak moden pasa masa kini, selalunya terdapat satu hingga tiga orang penyerang; dua penyerang sering digunakan. Jurulatih selalunya meletakkan seorang penyerang pada posisi paling hadapan (penyerang tengah) dan seorang lagi bermain sebagai penyerang kedua untuk melakukan hantaran dan menjaringkan gol.

Permain yang popular di posisi ini seperti Cristiano Ronaldo.