Cristiano Ronaldo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan pemain bola sepak dari Brazil Ronaldo.
Cristiano Ronaldo
Russia-Portugal CC2017 (11) (cropped).jpg
Ronaldo ketika dalam kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017
Maklumat peribadi
Nama penuh Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Tarikh lahir (1985-02-05) 5 Februari 1985 (umur 32)
Tempat lahir Funchal, Madeira, Portugal
Ketinggian 1.85 m (6 ft 1 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Real Madrid
Nombor 7
Kerjaya remaja
1992–1995 Andorinha
1995–1997 Nacional
1997–2002 Sporting CP
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2002–2003 Sporting CP 25 (3)
2003–2009 Manchester United 196 (84)
2009– Real Madrid 265 (285)
Pasukan kebangsaan
2001 Portugal B15 9 (7)
2001–2002 Portugal B17 7 (5)
2003 Portugal B20 5 (1)
2002–2003 Portugal B21 10 (3)
2004 Portugal B23 3 (2)
2003– Portugal 143 (75)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 23:00, 3 June 2017 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22:00, 28 June 2017 (UTC)

Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro GOIH, ComM, (sebutan dalam bahasa Portugis: [kɾiʃ'tjɐnu ʁuˈnaɫdu], lahir 5 Februari 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang bermain di posisi penyerang untuk kelab bola sepak Real Madrid yang berpangkalan di Sepanyol dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Selalu disebut-sebut sebagai pemain terbaik sepanjang zaman[nota 1], Ronaldo telah dianugerahkan FIFA Ballon d'Or sebanyak empat kali[2], pemain terbanyak yang memenangi anugerah ini dan juga pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebanyak empat kali[3]. Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 22 buah trofi kejuaraan, termasuklah lima kejuaraan liga domestik, empat kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah trofi kejuaraan Piala Eropah UEFA. Sebagai seorang penyerang yang berbisa, beliau memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam lima buah liga domestik di Eropah teratas sebanyak 369 gol[4], dalam kesemua perlawanan Liga Juara-Juara UEFA sebanyak 105 gol[5] dan dalam kejuaraan UEFA EURO sebanyak 29 gol. Sejumlah lebih 600 gol telah beliau jaringkan untuk pasukan kelab dan kebangsaan.

Dilahirkan dan dibesarkan di Santo António, Madeira, Ronaldo pada usia mudanya didiagnosa dengan penyakit takikardia semasa berumur 15 tahun. Beliau kemudian dirawat dengan prosedur pembedahan dijalankan, dan memulakan karier seniornya dengan menyertai kelab Sporting CP, sebelum menyertai kelab Manchester United semasa beliau berusia 18 tahun pada tahun 2003[6]. Selepas memenangi trofi pertamanya iaitu Piala FA pada musim pertama di England, beliau membantu pasukan United memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut, satu kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Semasa berumur 22 tahun, beliau telah dicalonkan untuk anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA dan memenangi kedua-dua anugerah ini pada umur 23 tahun. Pada tahun 2009, Ronaldo menandatangi kontrak bersama kelab Real Madrid di Sepanyol dengan rekod perpindahan termahal dunia pada ketika itu dengan harga sekitar €80 juta[7].

Di Sepanyol pula, Ronaldo memenangi dua kejuaraan La Liga, dua buah trofi Copa del Rey, tiga buah trofi Liga Juara-Juara UEFA dan dua buah trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Selepas menyertai Real Madrid, Ronaldo mendapat tempat kedua untuk anugerah Ballon d'Or di belakang Lionel Messi sebanyak tiga kali, sebelum memenanginya dua kali berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014. Pada tahun 2014, Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terpantas dalam sejarah bola sepak Sepanyol apabila beliau berjaya mencapai 200 gol dalam La Liga hanya dalam 178 perlawanan[8]. Pada tahun 2015 pula, beliau merupakan penjaring gol terbanyak kelab[9]. Pada tahun 2016, Ronaldo memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali keempat selepas mendapat undian terbanyak[10].

Sebagai pemain untuk pasukan kebangsaan, Ronaldo telah dinamakan sebagai pemain Portugal terbaik sepanjang zaman oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal pada tahun 2015[11]. Ronaldo memulakan debut antarabangsa pada bulan Ogos 2013, semasa berusia 18 tahun[12]. Beliau merupakan pemain Portugal dengan kaps terbanyak dengan lebih dari 130 kaps, dan menyertai tujuh buah kejohanan utama. Gol pertama Ronaldo untuk pasukan kebangsaan dijaringkan semasa kejohanan UEFA Euro 2004, membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir[13]. Beliau mengambil peranan sebagai kapten pasukan bermula pada bulan Julai 2008, dan memimpin pasukan Portugal memenangi kejohanan pertama di peringkat antarabangsa dengan merangkul kejuaraan UEFA Euro 2016 dan menerima anugerah Kasut Perak sebagai penjaring gol kedua terbanyak dalam kejohanan tersebut. Ronaldo merupakan salah seorang daripada atlit paling berpengaruh, disenaraikan sebagai atlit dengan bayaran tertinggi di dunia oleh Forbes pada tahun 2016 dan 2017[14][15], serta atlit paling terkenal di dunia oleh ESPN pada tahun 2016 dan 2017[16].

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ronaldo dilahirkan di Santo António, dalam kejiranan Funchal, Madeira, dan merupakan anak bongsu hasil perkongsian hidup pasangan Maria Dolores dos Santos Aveiro, seorang tukang masak dan José Dinis Aveiro, bekerja sebagai pekebun untuk majlis perbandaran[17]. Nama "Ronaldo" diberikan bersempena dengan nama presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Ronald Reagan, yang merupakan idola bapa beliau[18][19]. Adik-beradik beliau terdiri daripada seorang abang, Hugo dan dua orang kakak, Elma dan Liliana Cátia[20]. Moyangnya, Isabel da Piedade berasal daripada negara Tanjung Verde[21]. Ronaldo menyatakan bahawa pada kehidupan awalnya, beliau hidup dalam keadaan miskin, dan berkongsi bilik bersama adik-beradiknya[22].

Semasa zaman kanak-kanak, Ronaldo bermain untuk pasukan amatur C.F. Andorinha, di mana bapanya bekerja di sana[23], dan kemudian menghabiskan dua tahun bersama kelab Nacional, di mana kelab hanya membayar Ronaldo dengan dua helai jersi dan 20 bola sepak sahaja[24]. Pada tahun 1997, semasa berusia 12 tahun, beliau menandatangani kontrak bersama kelab Sporting CP dengan yuran sebanyak £1,500 selepas menghabiskan tiga hari menjalani ujian bersama kelab itu. Beliau kemudian berpindah ke Alcochete, berdekatan Lisbon, bagi menyertai pemain-pemain muda lain di akademi kelab tersebut. Pada umur 14 tahun, Ronaldo percaya bahawa beliau mempunyai kebolehan untuk bermain secara pra profesional, dan menerima nasihat emaknya untuk berhenti belajar bagi memberikan fokus sepenuhnya kepada bola sepak[25]. Beliau pernah dibuang sekolah kerana membaling kerusi ke atas gurunya, kerana didakwa gurunya "tidak hormat" padanya[25]. Setahun kemudian, Ronaldo telah dikesan mengalami penyakit takikardia, iaitu penyakit berkaitan jantung. Ibunya menyatakan bahawa jantungnya berdegup kencang, walaupun dalam keadaan rehat[26]. Keadaan ini boleh menyebabkan Ronaldo terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan karier bola sepak[26]. Beliau kemudian menjalani pembedahan di mana laser digunakan untuk membuang kawasan yang dijangkiti berdekatan dengan jantungnya dan menyambung latihan bola sepak beberapa hari kemudian[27].

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Sporting Clube de Portugal[sunting | sunting sumber]

Semasa berumur 16 tahun, Ronaldo telah dinaik taraf kepada pemain untuk pasukan utama oleh pengurus pasukan utama László Bölöni, yang tertarik dengan aksi lincahnya[28]. Beliau merupakan pemain pertama kelab yang bermain untuk kesemua pasukan belia termasuklah pasukan bawah-16 tahun, bawah-17 tahun dan bawah 18-tahun serta pasukan senior termasuklah pasukan B dan pasukan utama dalam satu musim[29]. Setahun kemudian, pada 7 Oktober 2002. Ronaldo melakukan debut pertamanya dalam perlawanan liga domestik Primeira Liga, menentang pasukan Moreirense dan menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menang dengan jaringan 3-0[30]. Sepanjang musim 2002-03, aksi yang ditunjukkan beliau menyebabkan wakil Ronaldo mencadangkan beliau kepada pengurus kelab Liverpool pada ketika itu Gérard Houllier dan presiden kelab Barcelona Joan Laporta[31][32]. Pengurus kelab Arsenal, Arsène Wenger juga sangat berminat untuk mendapatkan Ronaldo, dan pernah mengadakan perjumpaan dengannya di padang latihan Arsenal pada bulan November untuk berbincang mengenai potensi perpindahan[33].

Ronaldo kemudian menarik perhatian pengurus kelab Manchester United, Alex Ferguson pada bulan Ogos 2003, pada ketika itu pasukan Sporting menewaskan United 3-1 dalam perlawanan sulung di stadium Estádio José Alvalade di Lisbon. Prestasi yang ditunjukkan Ronaldo menyebabkan pemain Manchester United berasa kagum, yang mendesak Ferguson untuk mendapatkan khidmat beliau[34]. Ferguson sendiri menganggap Ronaldo yang berumur 18 tahun pada ketika itu sebagai "salah seorang pemain muda paling menarik" yang beliau pernah saksikan[35][36].

Manchester United[sunting | sunting sumber]

2003–06: Pembangunan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ronaldo merupakan pemain Portugal pertama yang menyertai kelab Manchester United di mana beliau menandatangani kontrak sebelum bermula musim liga 2003-04[37]. Yuran perpindahan sebanyak £12.24 juta yang dibayar, merupakan yuran tertinggi bagi perpindahan seorang pemain muda dalam sejarah bola sepak England[38]. Pada awalnya, Ronaldo meminta jersi dengan nombor 28, nombor yang digunakan ketika beliau bersama kelab Sporting, namun begitu beliau diberikan jersi bernombor 7, yang sebelum ini pernah digunakan oleh beberapa bekas pemain United seperti George Best, Eric Cantona, dan David Beckham[39]. Ronaldo menyatakan bahawa memakai jersi bernombor 7 memberikan motivasi tambahan kepadanya[40] dan matlamatnya adalah untuk mengembangkan bakatnya menjadi seorang pemain terbaik dunia dalam masa tiga tahun[41]. Elemen utama yang membawa kepada perkembangan bakat beliau adalah Alex Ferguson itu sendiri, di mana Ronaldo kemudian menyatakan, "Beliau (Alex Ferguson) adalah bapa saya dalam sukan, salah satu faktor penting dan utama dalam karier saya"[42].

Ronaldo semasa perlawanan liga menentang pasukan Chelsea dalam musim ketiganya di England.

Ronaldo melakukan debut beliau dalam liga domestik Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan menentang kelab Bolton Wanderers pada 16 Ogos 2003, apabila beliau dimasukkan pada minit ke-60 menggantikan Nicky Butt, dan menerima tepukan gemuruh daripada para penyokong[43][44][45]. Prestasi yang ditunjukkan beliau dipuji oleh pemain lagenda United, George Best, yang menganggap debut Ronaldo sebagai "debut yang paling menarik" pernah disaksikan[46]. Ronaldo menjaringkan gol pertama beliau untuk United dalam perlawanan menentang Portsmouth pada 1 November menerusi sepakan percuma[47]. Gol terakhir yang dijaringkan Ronaldo untuk musim 2003-04 adalah ketika menentang kelab Aston Villa, iaitu perlawanan akhir untuk musim ini, di mana beliau juga menerima kad merah pertamanya[48]. Musim pertama Ronaldo di England diakhiri dengan jaringan pembukaan gol dalam perlawanan akhir Piala FA di mana pasukan United menang 3-0 ke atas pasukan Millwall, dan menerima trofi pertamanya[49].

Bermula tahun 2005, Ronaldo bermain dalam dua perlawanan terbaiknya dalam musim 2004-05, menjaringkan gol dan melakukan bantuan gol menentang Aston Villa dan menjaringkan dua gol menentang pasukan Arsenal[50][51][52][53]. Dalam Piala FA, Ronaldo menjaringkan sejumlah empat gol[54][55][56][57], sebelum menentang Arsenal, di mana beliau bermain selama 120 minit, dan menjaringkan gol penalti dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0 selepas tamat 120 minit[58]. Dalam musim 2005-06 pula, Ronaldo menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan liga, menentang Bolton Wanderers[59], Fulham[60] dan Portsmouth[61]. Beliau kemudian menjaringkan gol ke-100 untuk kelab pada 29 Oktober, di mana ianya adalah jaringan tunggal United yang berkesudahan pasukannya kalah 4-1 kepada Middlesbrough[62]. Pada pertengahan musim pula, beliau menandatangani kontrak baru yang menyaksikan beliau kekal bersama United sehingga tahun 2010, langkah penting bagi pembangunan kariernya[63]. Ronaldo memenangi trofi kedua dalam bola sepak England, Piala Liga Inggeris, selepas menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-0 ke atas pasukan Wigan Athletic[64].

Musim ketiga Ronaldo di England menyaksikan beberapa insiden. Beliau telah dikenakan sekatan bermain untuk satu perlawanan oleh UEFA berhubung tindakan buruknya terhadap penyokong kelab Benfica[65][66], serta dibuang padang dalam perlawanan menentang Manchester City akibat tindakan beliau yang menendang Andy Cole[67]. Ronaldo juga dikatakan bergaduh dengan rakan sepasukannya, Ruud van Nistelrooy, yang tersinggung dengan perbuatan Ronaldo mempamerkan stail permainan yang menunjuk-nunjuk[68]. Mereka kemudian sekali lagi dilaporkan bergaduh pada bulan Mei 2006, dengan van Nistelrooy memberitahu Ronaldo untuk "menangis di depan bapa kamu", merujuk kepada hubungan di antara Ronaldo dengan penolong pengurus pada ketika itu, Carlos Queiroz[69]. Van Nistelrooy diletakkan dalam bangku simpanan pada perlawanan terakhir musim 2005-06, di mana pasukan United menang 4-0 ke atas Charlton Athletic dan Ronaldo menjaringkan gol ke-9 untuk musim tersebut[70], dan dijual selepas habis musim[71]. Pada kejohanan Piala Dunia FIFA 2006 pula, Ronaldo terlibat dalam insiden perkasaran yang menyebabkan rakan sepasukan kelab, Wayne Rooney dibuang padang[72][73]. Akibat insiden itu, Ronaldo secara terbukanya meminta supaya beliau dijual, mendakwa beliau tidak menerima sokongan yang sepatutnya dari pengurusan kelab[74]. United bagaimana pun, menyangkal berita kemungkinan Ronaldo meninggalkan kelab[75][76].

Pada musim 2006-07 pula, Ronaldo buat pertama kali melepasi jumlah 20 gol walaupun dikecam teruk oleh penyokong England akibat tindakannya terhadap Rooney dalam kejohanan Piala Dunia yang lalu[77], dan memenangi kejuaraan liga beliau yang pertama. Faktor utama kejayaan Ronaldo dalam musim ini adalah latihan seorang ke seorang yang dikendalikan oleh jurulatih pasukan utama kelab, René Meulensteen, yang mengajarnya untuk menjadi seorang penyerang yang susah untuk diramal, memperbaiki mutu kerja berpasukan, selalu meminta bola, dan cuba untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang menjaringkan gol, berbanding hanya menunggu peluang menjaringkan gol di mana corak permainan sebegitu sudah dapat dibaca pihak lawan[78][79]. Pada bulan Disember, beliau menjaringkan dual gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut, menentang pasukan Aston Villa, Wigan Athletic dan Reading[80][81][82]. Ronaldo dinamakan Pemain Terbaik Bulanan liga untuk bulan November dan Disember, dan merupakan pemain ketiga yang memenangi anugerah ini dua kali berturut-turut[83][84].


2006–2007[sunting | sunting sumber]

Dalam perlawanan suku akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2006-07, Ronaldo menjaringkan gol pertamanya untuk kejohanan ini, di mana United menang 7-1 ke atas pasukan Roma, beliau menyumbangkan dua gol dalam perlawanan itu[85][86]. Dalam perlawanan pertama separuh akhir menentang pasukan A.C. Milan, beliau menjaringkan gol pertama United pada minit ke-4, yang berkesudahan United menang 3-2[87], walau bagaimanapun, United tersingkir dari kejohanan ini menerusi agregat setelah Milan menang 3-0 dalam perlawanan kedua di San Siro[88]. Ronaldo juga membantu United ke perlawanan akhir Piala FA, dengan berkeputusan 2-1 ke atas pasukan Watford[89], namun kalah kepada pasukan Chelsea dalam perlawanan akhir yang berkesudahan 1-0[90]. Ronaldo kemudian menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan liga menentang Manchester City pada 5 Mei 2007, gol ke-50 beliau dan membolehkan United memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam masa empat tahun[91]. Hasil prestasi yang ditunjukkan membolehkan beliau memenangi sejumlah anugerah selepas tamat musim. Beliau memenangi anugerah Professional Footballers' Association's Player's Player, Pemain dan Pemain Muda Terbaik Tahunan[92], serta Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak[93], dan merupakan pemain bola sepak pertama yang memenangi kesemua penganugerahan yang dianjurkan oleh PFA dan FWA[94]. Gaji beliau dinaikkan kepada £120,000 per minggu sebagai sebahagian daripada kontrak sambungan lima tahun yang telah ditandatangani bersama United[95].

Ronaldo pada musim 2006–07.

Berita perpindahan Ronaldo telah berlaku pada bulan Mac 2007, Real Madrid yang telah bersedia untuk membawa masuk beliau dengan harga €80 juta (£54 juta), beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun, £120.000 seminggu dengan United pada 13 April, menjadikan beliau pemain tertinggi dibayar dalam sejarah Mnachester United.

Beliau telah dikritik oleh pengurus Gareth Southgate berikutan kekasaran beliau pada Disember 2006 menentang Middlesbrough. Pada 4 Februari 2007, Ronaldo telah didakwa semula berikutan kekasaran beliau ketika menentang Tottenham, Ronaldo lantas marah ketika beliau menjaringkan gol penalti walaupun sedikit terjahan dari pemain sayap Tottenham Steed Malbranque. Selepas kontroversi tersebut, namun Ronaldo telah meraih sejumlah penghargaan peribadi untuk semusim. Beliau memenangi PFA Pemain Terbaik Tahunan dan PFA Pemain Muda Terbaik Tahunan, disamakan dengan Andy Gray (tahun 1977) sebagai satu-satunya pemain untuk menerima penghargaan ini. Pada bulan April, beliau menyelesaikan tiga kali aksi cemerlang untuk mendapatkan PFA Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Penyokong. Ronaldo juga adalah salah satu dari tujuh nama pemain Manchester United dalam PFA Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris.

2007–2008[sunting | sunting sumber]

Ronaldo (tengah) dan Rio Ferdinand meraikan gol

Ronaldo mulakan musim 2007-08 dengan jersi merah yang diduga oleh Portsmouth FC Richard Hughes United selama kejohanan kedua dari semusim, dimana beliau dihukum dengan tiga larangan. Ronaldo berkata dia "banyak mempelajari dari pengalaman dan tidak akan membiarkan pemain" memprovokasi itu di masa depan". Ketika dalam saingan Liga Juara-Juara bertemu Sporting Lisbon, Ronaldo mengalami kecederaan. Beliau telah kembali beraksi ketika Manchester United menjuarai peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau diangkat sebagai naib juara dibelakang Kaka yang memenangi FIFA Ballon D'Or pada 2007 dan ketiga dalam kategori FIFA Pemain Terbaik Tahunan, di belakang Kaka dan Lionel Messi.

Ronaldo menjaringkan golnya yang pertama untuk Manchester United ketika menang 6-0 keatas Newcastle United di Old Trafford pada 12 Januari 2008, membawa Manchester United melonjak takhta puncak Liga Perdana Inggeris. Pada perlawanan ke-20 saingan liga, kemenangan 2-0 keatas Reading telah menyamakan jumlah keseluruhan pada musim 2006-07. [26] Dalam Liga Champion 1-1 putaran pertama yg menarik terhadap Olympique Lyonnais pada 20 Februari, sebuah benda pendukung Lyon terus menerus bertujuan laser hijau di United Ronaldo dan anggota tim Nani, gerak sebuah investigasi oleh UEFA. Satu bulan kemudian, Lyon telah denda CHF 5000 (£ 2427) untuk nuklirnya.

Pada tanggal 19 Mac 2008, Ronaldo menjadi kapten United untuk pertama kalinya dalam kariernya di sebuah rumah menang atas Bolton, penilaian baik tujuan dalam kemenangan 2-0.kedua dari tujuan itu adalah 33rd dari promosi, yang menetapkan baru satu klub-musim merekam penilaian oleh Pemain Tengah dan dengan demikian topped George Best's empat puluh tahun total 32 gol di musim 1967-68.Ronaldo mengukuhkan nilai lain dalam menang 4-0 atas Aston Villa pada tanggal 29 Maret, yang di beri dia waktu 35 tujuan domestik dan 37 di Eropa sama yang baik dan starter pengganti.Ronaldo's terik penilaian coret telah mendapatkan hadiah itu menjadi winger pertama yang memenangkan 2007-08 Golden Shoe Eropa, finishing delapan poin di depan Mallorca 's Dani Güiza.

Dalam Liga Champion 2007-08 terakhir pada 21 Mei terhadap saingan liga Chelsea, Ronaldo nilai yang membuka tujuan setelah 26 menit, yang negated oleh Chelsea equalizer di 45th menit sebagai pertandingan berakhir 1-1 setelah tambahan waktu.Kekasarannya meletakkan hukuman penalti dan menempatkan Chelsea dalam posisi untuk memenangi Piala, tetapi John Terry tembakan luas kanan setelah peluncuran melenggang di permukaan, dan Manchester United menang 6-5 muncul pada hukumanRonaldo yang bernama UEFA Fans' Man dari Match, [32] dan berikan promosi dengan karir-42 tujuan tinggi di semua kompetisi, jatuh hanya empat kekurangan Denis Hukum 's tim merekam tanda-46 pada 1963 -- 64 musim.

2008–2009[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Jun 2008, Sky Sports telah melaporkan bahawa Ronaldo sudah memberikan minat untuk berpindah ke Real Madrid jika mereka menawarkan wang yang sama banyak yang mereka telah tawarkan kepadanya dulu dalam tahun yang sama.Manchester United telah mengfailkan satu aduan kepada FIFA pada 9 Jun terhadap dakwaan keatas pengejaran Madrid terhadap Ronaldo, tetapi FIFA telah menolak untuk bertindak terhadap aduan tersebut.Pada tanggal 5 Juni 2008, Sky Sports melaporkan bahwa Ronaldo telah menyatakan minat pindah ke Real Madrid jika mereka yang ditawarkan kepadanya sama jumlah wang yang telah didakwa pasukannya pada tahun sebelumnya.Manchester United mengajukan sebuah sabotase dengan keluhan FIFA pada tanggal 9 Juni atas tuduhan Madrid's jalur Ronaldo, tetapi FIFA telah menolak untuk mengambil tindakan apapun.Spekulasi bahwa perpindahan transfer akan terus berlaku sehingga 6 Ogos, ketika itu Ronaldo bertegas bahwa dia akan tinggal di Manchester untuk paling kurang satu tahun lagi.

Ronaldo menjalani pembedahan buku lali di Academic Medical Center di Amsterdam pada tanggal 7 Julai 2008 yang lalu.Beliau kembali beraksi pada 17 September dalam Liga Juara-Juara Eropah sebagai pengganti Park Ji-Sung, dan nilai awal keseluruhan tujuan dari musim 3-1 di Piala Liga putaran ketiga menang atas Middlesbrough pada 30 Agustus.

Dalam perlawanan menentang Stoke City pada 15 November 2008, Ronaldo menjaringkan goal ke 100 dan 101 dalam semua penyertaan bersama Manchester United. Kedua-duanya melalui sepakan percuma. Jaringan itu menandakan Ronaldo telah menjaringkam menentang kesemua 19 pasukan di Liga Perdana Inggeris pada masa itu. Pada 2 Disember. Ronaldo menjadi pemain Manchester United yang menerima Ballon d'Or selepas George Best pada tahun 1968. Dia mendapat 446 mata, 165 di hadapan Lionel Messi. Dia dianugerahkan Bola Emas selepas menjaringkan dua gol di dalam Piala Dunia Antara Kelab yang telah dijuarai oleh United pada 19 Disember.

Pada 8 Januari 2009, Ronaldo terlepas daripada kecederaan dalam kemalangan kereta Ferrari 599 GTB Fiorano yang dipandu oleh Ronaldo. Kemalangan itu berdekatan dengan Lapangan Terbangan di Manchester. Empat hari kemudian, Ronaldo menjadi pemain Liga Perdana yang pertama dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA. Tambahan pula, ia adalah penerimaan pertama pemain dari Portugal selepas Luis Figo pada tahun 2001.

Ronaldo menjaringkan gol Liga Juara-Juara yang pertama musim ini, dan yang pertama sejak perlawanan akhir menentang Chelsea, dalam kemenangan 2-0 menentang Inter Milan untuk mara ke suku akhir. Dalam perlawanan kedua menentang Porto, Ronaldo menjaringkan gol kemenangan jarak jauh untuk mara ke separuh akhir. Beliau memberitahu kemudian bahawa itu adalah gol tercantik pernah beliau jaringkan. Ronaldo bersaing di perlawanan akhir Liga Juara-Juara, tetapi tidak menyerlah dan United tewas 2-0 kepada Barcelona. Beliau melengkapkan musim dengan beraksi sebanyak 53 kali dan menjaringkan gol sebanyak 26 gol dalam kesemua penyertaan.

Pada 11 Jun, Manchester United telah menerima tawaran £80 juta daripada Real Madrid untuk khidmat Ronaldo selepas sekali lagi meluahkan keinginannya untuk meninggalkan United. Ia telah ditetapkan oleh wakil keluarga Glazer bahawa jualan itu telah diterima olah Ferguson. Bila Ronaldo melengkapkan pemindahannya ke Madrid, dia berterima kasih kepada Ferguson kerana membantunya untuk berkembang sebagai pemain, dengan mengatakan, "Beliau adalah ayah saya dalam sukan ini, seseorang yang paling penting dan berpengaruh dalam kerjaya saya."

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2009, Real Madrid memberitahu bahawa Ronaldo akan menyertai kelab itu pada 1 Julai 2009, selepas mempersetujui syarat-syarat dan menandatangani kontrak selama enam tahun. Dipercayai bahawa kontrak Ronaldo bernilai €13 juta satu musim. Beliau dipersembahkan oleh Media sebagai pemain Real Madrid pada 6 Juli 2009, dan diberikan jersi nomor 9. Jersi itu diberikan oleh legenda Madrid Alfredo di Stefano. Majlis itu telah dihadiri oleh 80,000 peminat di Stadium Santiago Bernabeu. Kehadiran itu telah melepasi rekod Diego Maradona yang hanya didatangi oleh 75,000 peminat di Itali, waktu beliau berhijrah daripada Barcelona ke Napoli.

2010-11[sunting | sunting sumber]

Dengan pemergian Raul Ronaldo mengambil jersi bernombor 7 milik Raul.Pada 23 Oktober 2010,Ronaldo menjaringkan 4 gol pada perlawanan menentang Racing Santander,jaringan yang paling banyak pernah dia lakukan.Ini melengkapkan 6 gol tanpa henti(3 di La Liga,1 di Liga Juara-Juara Eropah,dan 1 untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Portugaldi mana Ronaldo menjaringkan gol dalam setiap perlawanan untuk menjadikan 11 gol,jaringan yang paling banyak dia pernah jaringkan dalam satu bulan.Sebelum Real Madrid mengalami kekalahan 5-0 kepada Barcelona,Ronaldo membuat hatriknya yang ke-2 diLa Liga apabila Real Madrid mengalahkan Athletic Bilbao 5-1.Perlawanan terakhir di La Liga meyaksikan Ronaldo membuat lagi satu hatrik pada perlawanan menentang Levante yang berakhir dengan keputusan 8-0.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ronaldo memulakan penampilan pertama untuk Portugal pada Ogos 2003. Beliau menyertai Euro 2004 dan telah menjaringkan gol dalam kekalahan 2-1 peringkat kumpulan menentang Greece dan kemenangan 2-1 peringkat separuh akhir menentang Belanda. Beliau mendapat nama dalam pasukan terbaik kejohanan walaupun berkesudahan dengan hanya dua gol. Dalam tahun yang sama, beliau juga mewakili Portugal dalam Sukan Olimpik 2004.

Piala Dunia 2006[sunting | sunting sumber]

Ronaldo merupakan penjaring kedua terbanyak pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA dalam zon eropah dengan tujuh gol, dan menjaringkan gol pertama Piala Dunia menentang Iran.

Semasa perlawanan suku akhir menentang England pada 1 Julai 2006, rakan sepasukan Ronaldo di United, Wayne Rooney dilayangkan kad merah kerana memijak pemain pertahanan Portugal Ricardo Carvalho. Pihak Media di England merasakan Ronaldo telah mempengaruhi pengadil, Horacio Elizondo dengan mendesak secara aggresif. Tayang semula menunjukkan beliau mengenyit mata kepada bangku simpanan pasukan Portugal selepas Rooney dibuang padang. Selepas perlawanan itu, Ronaldo memberitahu bahawa Rooney ialah seorang kawan dan tidak mendesak untuk Rooney dibuang padang. Pada 4 Julai, Elizondo menyatakan yang kad merah itu disebabkan kekasaran Rooney dan bukan disebabkan pertelingkahan Rooney dan Ronaldo.

Kemarahan pihak media England menyebabkan Ronaldo berfikir untuk meninggalkan United, dan memberitahu akhbar Sepanyol, Marca yang beliau berminat untuk menyertai Real Madrid. Disebabkan khabar angin itu, Ferguson memberitahu pembantu pengurus dari Portugal Carlos Queiroz untuk memujuk Ronaldo supaya berubah fikiran, kenyataan itu juga dikongsi bersama oleh Rooney. Ronaldo tidak ke mana dan pada April 2007, beliau menandatangani kontrak untuk bersama United selama lima tahun.

Ronaldo tidak digemari semasa kekalahan menentang Perancis di separuh akhir, dan terlepas untuk memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik disebabkan oleh kempen e-mail negatif daripada peminat England. Anugerah itu dimenangi oleh pemain Jerman, Lukas Podolski dan menjadikan tingkah laku Ronaldo sebagai faktor utama dalam keputusan ini.

Euro 2008[sunting | sunting sumber]

Satu hari selepas hari jadi ke dua puluh dua beliau, Ronaldo menjadi kapten Portugal buat pertama kali dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil pada 6 Februari 2007. Ini ialah suatu penghargaan buat presiden Persatuan Bola Sepak Portugal, Carlos Silva, yang telah mati dua hari sebelum itu. Jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari menerangkan, "Encik Silva meminta saya untuk menjadikan Ronaldo sebagai kapten..dia terlalu muda untuk menjadi kapten, tetapi Encik Silva meminta saya, dan sekarang dia tiada lagi bersama kita."

Ronaldo menjaringkan lapan gol dalam pusingan kelayakan Euro 2008, didahului oleh pemain Poland, Euzebiusz Smolarek, tetapi berkesudahan dengan satu gol dimana Portugal telah disingkirkan oleh pasukan Jerman. Sejak pertemuan dengan jurulatih baru Portugal, Carlos Queiroz, Ronaldo menjadi kapten baru pasukan itu.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Terbaik Euro 2004 UEFA
  • Pemain Muda Istimewa Terbaik FIFPro: 2004–05, 2005–06
  • Pemain Terbaik Portugal: 2006–07
  • Pasukan Terbaik UEFA: 2003–2004, 2006–07, 2007-08
  • Pasukan Dunia XI FIFPro: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Muda Terbaik PFA: 2006–07
  • Pemain Terbaik Undian Pemain PFA: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Terbaik Undian Peminat PFA: 2006–07, 2007–08
  • Pasukan Terbaik Liga Perdana Inggeris PFA: 2005–06, 2006–07, 2007–08, 2008–09
  • Pemain Bola Sepak Terbaik FWA: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Terbaik Barclays: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Terbaik Bulanan: November 2006, December 2006, January 2008, March 2008
  • Kasut Emas Barclays: 2007–08
  • Anugerah Merit Barclays: 2007–08
  • Kasut Emas Eropah: 2007–08
  • Pemain Penyerang Terbaik Kelab UEFA: 2007–08
  • Pemain Terbaik Kelab UEFA: 2007–08
  • Pemain Terbaik Dunia FIFPro: 2007–08
  • Ballon d'Or: 2008
  • Pemain Terbaik Dunia FIFA: 2008
  • Pasukan Terbaikkkkkk 2016-2020

Rakan Muda

  • Adam Fikri Bin Azli
  • Muhd Nabil Aiman Bin Nizam Adha
  • Muhd Ammar Bin Mohd Zawawi

Nota

  1. ^

Bahan rujukan

  1. ^ "Cristiano Ronaldo (CR7)". realmadrid.com. Real Madrid. Dicapai pada 22 March 2014. 
  2. ^ "Cristiano Ronaldo raih Anugerah Ballon d'Or buat kali keempat". Astro Arena. 13 Disember 2016. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  3. ^ "Lionel Messi wins fourth Golden Shoe, ties record with Cristiano Ronaldo". The Indian Express. 29 Mei 2017. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  4. ^ "Cristiano Ronaldo sets record for most goals in Europe's top five leagues". ESPN. 17 Mei 2017. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  5. ^ "Ronaldo makes history with 100th European goal". UEFA.com. 12 April 2017. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  6. ^ "Teenager takes Beckham No7 shirt". The Guardian. 13 Ogos 2003. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  7. ^ "Ronaldo completes £80m Real move". BBC Sport. 1 Julai 2009. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  8. ^ "Ronaldo scores 200th Liga goal with record breaking hat-trick". Goal.com. 6 Disember 2014. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  9. ^ "CRISTIANO RONALDO ALL-TIME TOP GOALSCORER". Real Madrid. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  10. ^ "Cristiano Ronaldo wins Ballon d'Or for the fourth time". The Guardian. 12 Disember 2016. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  11. ^ "Ronaldo named best Portuguese player of all time". Goal.com. 15 Januari 2015. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  12. ^ "Cristiano Ronaldo's 100-cap Portugal career: in pictures". The Telegraph. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  13. ^ "Cristiano Ronaldo scored his 70th goal for Portugal in win over Hungary to go fourth on all-time European list… but he is yet to net against England, Spain, France, Germany or Italy". Daily Mail. 26 Mac 2017. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  14. ^ "The Top 25 Highest-Paid Athletes Of 2016, Visualized". Forbes. 20 Jun 2016. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  15. ^ "Full List: The World's Highest-Paid Athletes 2017". Forbes. 15 Jun 2017. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  16. ^ "ESPN World Fame 100 - Top Ranking Athletes". ESPN. 30 Mei 2017. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  17. ^ Fiebre Maldini: Los inicios de Cristiano Ronaldo (flv) (Television production). Madrid: Canal+. 22 April 2008. 
  18. ^ "'He never let go of his ball – he slept with it' – The story of Cristiano Ronaldo's humble beginnings in Madeira". Goal. 23 Mac 2012. Dicapai pada 27 Februari 2015. 
  19. ^ Fitzpatrick, Richard (1 Oktober 2012). El Clasico: Barcelona V Real Madrid: Football's Greatest Rivalry. A&C Black. m/s. 122. 
  20. ^ Lewis, Tim (8 Jun 2008). "He's got the world at his feet". The Guardian. London. Dicapai pada 5 November 2008. 
  21. ^ "CRISTIIANO RONALDO TEM BISAVÓ CABO-VERDIANA". Liberal Online. Diarkibkan daripada original pada 4 Oktober 2011. Dicapai pada 29 Jun 2011. 
  22. ^ "Cristiano Ronaldo spills all to his 'close friend' Jasmine about women, football, cars... and money". Daily Mirror. 3 Julai 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2013. 
  23. ^ "Cristiano Ronaldo: the skinny kid who brought fame to Funchal". World Soccer Talk. 28 Mei 2016. Dicapai pada 10 Julai 2017. 
  24. ^ "'Cristiano Ronaldo's first ever transfer fee revealed". News Group Newspapers. 15 Oktober 2015. Dicapai pada 27 Februari 2015. 
  25. ^ a b "Cristiano Ronaldo: I was expelled from school for throwing a chair at the teacher". Nowmagazine.co.uk. 6 Julai 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2013. 
  26. ^ a b "Manchester United winger Cristiano Ronaldo needed heart operation to save career". The Telegraph. 29 Januari 2009. Dicapai pada 11 Julai 2017. 
  27. ^ Rollings, Grant (29 Januari 2009). "Heart op that saved Ronaldo". Sun Online. London: News Group Newspapers. Diarkibkan daripada original pada 1 Februari 2009. Dicapai pada 30 Januari 2009. 
  28. ^ "Boloni își amintește de debutul lui Ronaldo la Sporting: "Nu reușeam să îl opresc să facă driblinguri"". DigiSport. 13 Januari 2015. Dicapai pada 24 Februari 2016. 
  29. ^ "Clash of the Titans". Manchester Evening News. 18 April 2010. Dicapai pada 30 August 2014. 
  30. ^ "Famous players featured in U17 c'ships". uefau17.com. Diarkibkan daripada original pada 2 Jun 2009. 
  31. ^ "Liverpool 'turned down Ronaldo'". Eurosport. 6 Disember 2011. Diarkibkan daripada original pada 8 Disember 2010. Dicapai pada 30 Ogos 2014. 
  32. ^ Corrigan, Dermot (22 Januari 2013). "Joan Laporta: Barcelona could have had Cristiano Ronaldo". ESPN. Dicapai pada 25 Januari 2013. 
  33. ^ Conn, David (19 Januari 2011). "The brightest star in Europe and £1m to a mysterious agent". The Guardian. London. Dicapai pada 11 November 2011. 
  34. ^ Conn, David (12 Ogos 2013). "Ten years ago an unknown baby-faced kid from Portugal was signed by Fergie for £12.2m... and the rest, as they say, is history". Daily Mail. Dicapai pada 11 Julai 2017. 
  35. ^ Marshall, Adam (12 Ogos 2003). "United confirm Ronaldo capture". Sky Sports. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  36. ^ "United land other Ronaldo". The Guardian. 12 Ogos 2003. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  37. ^ "Man Utd sign Ronaldo". BBC Sport. 12 Ogos 2003. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  38. ^ Wallace, Sam (13 Ogos 2003). "United fork out record £12m fee to land teenager". The Daily Telegraph. 
  39. ^ Taylor, Daniel (13 Ogos 2003). "Teenager takes Beckham No7 shirt". The Guardian. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  40. ^ McDonnell, David (29 September 2007). "Cristiano Ronaldo exclusive". Daily Mirror. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  41. ^ Livie, Alex (27 Mac 2004). "Ronaldo out to impress". Sky Sports. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  42. ^ "Ronaldo vows to justify price tag". BBC Sport. 4 Julai 2009. Dicapai pada 4 Julai 2009. 
  43. ^ "Man Utd stroll past Bolton". BBC Sport. 16 Ogos 2003. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  44. ^ "Ferguson hails Ronaldo debut". BBC Sport. 17 Ogos 2003. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  45. ^ Wilson, Paul (17 Ogos 2003). "Only one Ronaldo as United find new idol". The Guardian. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  46. ^ Barnes, Justin (12 Jun 2014). "George Best On Ronaldo's Debut For Man Utd". Sabotage Times. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  47. ^ "Man Utd see off Pompey". BBC Sport. 1 November 2003. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  48. ^ Ridley, Ian (15 Mei 2004). "Ronaldo's good and bad day". The Guardian. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  49. ^ "Man Utd win FA Cup". BBC Sport. 22 Mei 2004. Dicapai pada 26 Januari 2011. 
  50. ^ "Man Utd 3–1 Aston Villa". BBC. 22 Januari 2005. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  51. ^ Marshall, Adam (22 Januari 2005). "Fergie: Ronaldo's best game". Sky Sports. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  52. ^ "Arsenal 2–4 Man Utd". BBC. 1 Februar1 2005. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  53. ^ McCarra, Kevin (2 Februari 2005). "United storm the battle of Highbury". The Guardian. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  54. ^ McCarra, Kevin (20 Januari 2005). "Rooney ends Exeter dream". The Guardian. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  55. ^ Wilson, Paul (20 Februari 2005). "Rooney return proves a distraction as Fortune steals in to seize chance". The Guardian. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  56. ^ Lawrence, Amy (13 Mac 2005). "Coastal breeze for United as Keane blows away resistance". The Guardian. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  57. ^ McCarra, Kevin (18 April 2005). "Ferguson's men triumph by a one-way street". The Guardian. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  58. ^ "Arsenal 0-0 Man Utd (aet)". BBC Sport. 21 Mei 2005. Dicapai pada 19 Oktober 2015. 
  59. ^ "Man Utd 4–1 Bolton". BBC. 31 Disember 2005. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  60. ^ Hodgson, Guy (5 Februari 2006). "Manchester Utd 4 Fulham 2: Ronaldo's double proves decisive as Fulham fume". The Independent. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  61. ^ "Portsmouth 1–3 Man Utd". BBC. 11 Februari 2006. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  62. ^ "Middlesbrough 4–1 Man Utd". BBC Sport. 29 Oktober 2005. Dicapai pada 1 Februari 2010. 
  63. ^ "Ronaldo extends Man Utd contract". BBC Sport. 18 November 2005. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  64. ^ "Man Utd ease to Carling Cup glory". BBC Sport. 26 Februari 2006. Dicapai pada 26 Januari 2011. 
  65. ^ "Ronaldo ban after finger gesture". BBC. 3 Februari 2006. Dicapai pada 3 Februari 2006. 
  66. ^ "Benfica report Ronaldo". BBC. 3 Februari 2006. Dicapai pada 12 Julai 2017. 
  67. ^ Buckingham, Mark (15 Januari 2006). "Fergie upset with red card". Sky Sports. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  68. ^ Brennan, Stuart (17 Januari 2006). "Ruud and Ron in training bust-up". Manchester Evening News. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  69. ^ Mitten, Andy (9 Mei 2006). "Ronaldo jibe left Van Nistelrooy out in cold". The Independent. London. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  70. ^ "Man Utd 4–0 Charlton". BBC. 7 Mei 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  71. ^ Rich, Tim (8 Mei 2006). "United move on without Van Nistelrooy". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  72. ^ "England tidak salahkan Rooney". Utusan Online. Malaysia. 3 Julai 2006. Dicapai pada 12 Julai 2017. 
  73. ^ "Rooney's dismissal stuns England". BBC. 1 Julai 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  74. ^ "Ronaldo mahu tinggalkan England". Utusan Online. Malaysia. 10 Julai 2006. Dicapai pada 12 Julai 2017. 
  75. ^ Buckingham, Mark (12 Julai 2006). "United: Ronaldo not for sale". Sky Sports. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  76. ^ "Ronaldo not for sale". World Soccer. 12 Julai 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  77. ^ Tyldesley, Clive (25 September 2006). "Ronaldo has last laugh on Reading fans". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  78. ^ Winter, Henry (29 Ogos 2013). "The secrets behind the development of Real Madrid's Cristiano Ronaldo, revealed by Rene Meulensteen". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  79. ^ Winter, Henry (3 Oktober 2015). "How Cristiano Ronaldo became about goals and nothing else". Eurosport. Dicapai pada 12 Julai 2017. 
  80. ^ James, Stuart (24 Disember 2006). "Cristiano's stockings full of gifts for United". The Guardian. London. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  81. ^ Taylor, Daniel (27 Disember 2006). "Ferguson giddy with glee as Ronaldo stretches United's lead". The Guardian. London. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  82. ^ Wilson, Paul (31 Disember 2006). "Ronaldo stretches United's advantage". The Guardian. London. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  83. ^ "Ronaldo lands back-to-back accolades". inthenews.com. 11 Januari 2007. Diarkibkan daripada original pada 4 Jun 2007. Dicapai pada 12 Januari 2007. 
  84. ^ "Ronaldo wins monthly award again". BBC Sport. 11 Januari 2007. Dicapai pada 2 Januari 2010. 
  85. ^ McCarra, Kevin (11 April 2007). "Seven wonders of sublime United dazzle and destroy helpless Roma". The Guardian. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  86. ^ Winter, Henry (11 April 2007). "Seventh heaven in Theatre of Dreams". The Telegraph. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  87. ^ Glendenning, Barry (24 April 2007). "Man Utd 3 – 2 AC Milan". The Guardian. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  88. ^ McCarra, Kevin (3 Mei 2007). "Man Utd 3 – 2 AC Milan". The Guardian. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  89. ^ McNulty, Phil (14 April 2007). "Watford 1–4 Man Utd". BBC. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  90. ^ "FA Cup final – Chelsea 1–0 Man Utd". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 19 Mei 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2007. Dicapai pada 19 Mei 2007. 
  91. ^ Wilson, Paul (6 Mei 2007). "Misfiring Ronaldo gets a kick out of giving City the runaround". The Guardian. London. Dicapai pada 27 Ogos 2014. 
  92. ^ "Ronaldo wins PFA double". World Soccer. 23 April 2007. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  93. ^ Buckingham, Mark (4 Mei 2007). "Writers award for Ronaldo". Sky Sports. Dicapai pada 28 Ogos 2014. 
  94. ^ "Ronaldo secures PFA awards double". BBC Sport. 22 April 2007. Dicapai pada 1 Mei 2007. 
  95. ^ Kay, Oliver (14 April 2007). "Ferguson lets rip at Madrid after Ronaldo signs £31m deal". The Times. London. Dicapai pada 16 April 2007.