Perang Paulista

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Perang Paulista
Revolusi Konstitusionalis
Trincheira paulista na Revolução de 1932 no setor sul.jpg
Para askar São Paulo berlindung dalam parit melepaskan tembakan, 1932.
Tarikh9 Julai 1932–October 2, 1932
Lokasi
Keputusan Kememangan berpihak kepada pihak Pemerintah (Legalista),
Penggubalan perlembagaan Brazil 1934
Pihak yang terlibat

 São Paulo


 Maracaju

  • Volunteers rebels


 Rio Grande do Sul

Brazil

Komandan dan pemimpin
São Paulo (negeri) Pedro Manuel de Toledo
Mato Grosso do Sul Vespasiano Martins
São Paulo (negeri) Euclides Figueiredo
São Paulo (negeri) Júlio de Mesquita Filho
Mato Grosso do Sul Gen. Bertoldo Klinger
Rio Grande do Sul Borges de Medeiros
São Paulo (negeri) Artur Bernardes
Brazil Getúlio Vargas
Brazil Gen. Góis Monteiro
Kekuatan
40,000 orang askar (polis tentera dan relawan)
30 buah kenderaan perisai
44 buah artileri
9-10 buah pesawat
100,000 orang askar (darat, laut & polis)
90 buah kenderaan perisai
250 buah artileri
58 pesawat
4 buah kapal perang (untuk mengekang Pelabuhan Santos)
Kerugian dan korban
k.k 2,500 orang terkorban k.k 1,050 orang terkorban
3,800 orang cedera

Perang Paulista (Bahasa Portugis: Guerra Paulista) atau Perang Saudara Brazil (Bahasa Portugis: Guerra Civil Brasileira[1]) merujuk kepada suatu konflik bersenjata antara penduduk negeri São Paulo (paulista) dengan pemerintah persekutuan Brazil hasil suatu rampasan kuasa tahun 1930 pimpinan Getúlio Vargas yang bertindak memerintah secara langsung dan melanggari peruntukkan ditetapkan Perlembagaan Brazil.

Pergelutan ini menandakan tamatnya zaman pemerintahan Republik Brazil Pertama. Ia merupakan konflik terhebat pernah berlaku dalam Brazil pada abad ke-20.[2][3]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

São Paulo mengalami suatu pembangunan dan tahap industrialisasi yang pesat pada awal abad ke-20[4] terutamanya dalam bidang penanaman kopi; ia turut dibantu dengan giatnya penternakan lembu susu dan penghasilan tenusu di negeri Minas Gerais. Peningkatan ekonomi kedua-dua negeri utama Brazil yang saling bergantungan ini sungguh mempengaruhi perancangan dan pengurusan pentadbiran Republik Lama ke atas keseluruhan negara tersebut yang sering dijoloki sebagai política do café com leite - "politik kopi susu". Walau bagaimanapun, pengeluaran hasil tanaman kopi pada lewat tahun 1920-an di São Paulo melebihi tampungan (kapasiti atau kapasitas) akibat penaikkan harga barang dagangan (komoditi atau komoditas) oleh pemerintah pusat Brazil.

Pada 1929, pemerintahan Washington Luís, Presiden Brazil dijangka melantik Júlio Prestes, ketua negeri São Paulo sebagai penggantinya berikutan kemenangan Prestes dalam pilihan raya utama tersebut yang baru dilaksanakan. Namun, suatu rampasan kuasa yang dilaksanakan pemberontak dari Minas Gerais, Paraíba dan Rio Grande do Sul dengan pimpinan Getúlio Vargas telah menggulingkan pemerintah Republik Lama. Vargas memerintah secara langsung serta membuang peruntukan autonomi yang diberikan kepada semua negeri dalam Brazil.

Rasa tidak puas hati warga negeri São Paulo terhadap pemerintah pusat memuncak dengan berlakunya suatu pergaduhan antara pihak Liga Revolucionária dengan penyokong Parti Rakyat São Paulo (Partido Popular Paulista) di Dataran Republik kota São Paulo pada 23 Mei 1930, kejadian tersebut mengorbankan empat orang pelajar: Mario Martins de Almeida, Euclides Miragaia, Dráusio Marcondes de Sousa dan Antonio Camargo de Andrade.

Susur kejadian[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Kemuncak[sunting | sunting sumber]

Suatu sekatan terhadap pelabuhan Santos di bandar sama pesisiran negeri dilakukan dengan berlabuhnya suatu kapal penjajap milik Tentera Laut Brazil, Rio Grande do Sul. Misi serangan balas terhadap sekatan ini dilakukan dengan berlepasnya dua pesawat Curtiss O1-E Falcon berkod “Kyri Kyri” dan “Kavuré-y” yang cuba mendekati penjajap tersebut, namun Rio Grande do Sul menembak ke arah pesawat-pesawat inil; salah satu tembakan ini berjaya mengena salah satu pesawat yang menjunam ke laut berdekatan Ilha da Moela dekat Guarujá mengorbankan penerbang.

Sekatan dagangan ini lama-kelamaan menyebabkan kekurangan yang mendadak terhadap bekalan makanan, senjata api dan barangan penting lain yang mampu menampung kegiatan para pemberontak dengan lebih lama.[5][6][7]

Peleraian[sunting | sunting sumber]

Pihak Konstitusionalis menyedari keadaan mereka yang sudah tidak dapat ditangani serta mengundang kekalahan yang muktamad. Oleh itu, Panglima Tertinggi pihak tersebut selaku ketua jeneral Angkatan Awam São Paulo Bertoldo Klinger, kolonel Herculano de Carvalho e Silva menuntut suatu gencatan senjata agar suatu rundingan dapat dilakukan, hal ini dipersetujui Pedro de Aurélio de Góis Monteiro selaku wakil Pemerintah Sementara. Setelah beberapa hari rundingan dilakukan untuk membincangkan perkara yang diperetujui bersama pihak Konstitusionalis dan Pemerintah Brazil, pihak Konstitusionalis menandatangani surat penyerahan kalah pada 2 Oktober 1932 di kota Cruzeiro menamatkan konflik ini. Para anggota Angkatan Awam dibenarkan masuk semula dalam angkatan keselamatan awam negara, de Carvalho e Silva pula dibenarkan menjawat penguasa sementara dalam negeri São Paulo sehingga suatu ketua pentadbir dilantik Getúlio Vargas dapat mengambil alih.[5][6] Jeneral komandan barisan selatan tentera Brazil Valdomiro Castilho de Lima memasuki negeri tersebut tangkat hari 6 Oktober.

Angkatan Awam São Paulo dilucutkan senjata mereka manakal pemimpin-pemimpin angkatan serta pergerakan Constitucionalista ini dibuang negeri ke Lisboa, Portugal.[5] Jumlah korban yang dikira hasil pergelutan ini dianggarkan sebanyak lebih 2,000 jiwa manakala banyak kota dalam negeri São Paulo mengalami kerosakan dahsyat.

Peringatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah tugu berupa obelisk didirikan memperingati askar-askar yang terkorban dalam perang saudara ini di Taman Ibirapuera, kota Sao Paulo.[2] Pembinaan tugu tersebut mengambil selama tempoh 23 tahun dari 1947 hingga 1970.

Obelisk São Paulo di pusat bandar ibu negeri. Pangkalnya tertulis dalam bahasa Portugis bermaksud "hidup mereka singkat demi kematian yang baik, mereka mati muda demi hidup selamanya."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hilton, Stanley (1982). A Guerra Civil Brasileira. Rio de Janeiro: Nova Fronteira.
  2. ^ a b "Estado investe cerca de R$ 1 milhão na manutenção do Obelisco do Ibirapuera". Portal do Governo do Estado de São Paulo (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 22 Februari 2016.
  3. ^ "REVOLUCAO DE 1932". CPDOC - Centro de Pesquisa e Documentação de História Contemporânea do Brasil (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 10 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ OLIVEIRA, Clóvis de. A Indústria e o Movimento Constitucionalista de 1932. São Paulo: Federação e Centro de Indústrias, 1956. 320p.
  5. ^ a b c Carvalho e Silva, Herculano (1932). A Revolução Constitucionalista (dalam bahasa Portugis). Rio de Janeiro: Civilização Brasileira. m/s. 39-66, 345-356.
  6. ^ a b Figueiredo, Euclides de Oliveira (1954). Contribuição para História da Revolução Constitucionalista (dalam bahasa Portugis). São Paulo: Martnis.
  7. ^ Klinger, Bertholdo (1934). Memorial de Klinger (dalam bahasa Portugis). Revista Brasileira.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]