Perang Penuai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perang Penuai
sebahagian daripada
Perang Perancis-Sepanyol
{{{alt}}}

Corpus de Sang, pertembungan pertama perang ini pada Jun 1640
Tarikh 1640–1659
Lokasi Catalonia, barat Sepanyol, selatan Perancis
Hasil Pemeberontakan dihapuskan; Perjanjian Pyrene
Perubahan
wilayah
Daerah Roussillon dan bahagian utara Cerdanya diserahkan kepada Perancis
Pihak yang terlibat
Flag of Catalonia.svg Kerajaan Catalonia
Kerajaan Beraja Perancis Negara Beraja Perancis
Sepanyol Sepanyol Habsburg
Komandan
Catalonia Pau Claris
Catalonia Francesc de Tamarit
Catalonia Josep Margarit
Kerajaan Beraja Perancis Louis XIII
Kerajaan Beraja Perancis Louis XIV
Kerajaan Beraja Perancis Philippe de La Mothe-Houdancourt
Kerajaan Beraja Perancis Jean Armand de Maillé-Brézé
Sepanyol Felipe IV
Sepanyol Wizurai Pedro Fajardo
Sepanyol Duke Fernandina
Sepanyol Duke Maqueda
Sepanyol Duke Ciudad Real
Sepanyol Marquis Leganés

Perang Penuai (Guerra dels Segadors) berlaku di sebahagian besar Kerajaan Catalonia antara tahun 1640 dan 1659.

Konflik ini tercetus oleh rasa tidak puas hati dan ketakutan dalam kalangan warga Catalonia mengenai kehadiran tentera Castilla di kawasan tersebut sewaktu peperangan yang berlaku antara Kerajaan-Kerajaan Perancis dan Sepanyol dalam Perang Tiga Puluh Tahun. Gaspar de Guzmán dari Olivares, bendahara Raja Felipe IV, telah mencuba mengagihkan beban ekonomi dan ketenteraan tanggungan Empayar Sepanyol yang sebelum ini hanya disokong Kerajaan Castile. Namun dasar pembahagian kerahan tentera yang diusulkan beliau (Unión de Armas) mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di seluruh pelosok Sepanyol. Catalonia merupakan tempat paling sengit berlaku konflik ini apabila rakyatnya membalas dendam akibat pembunuhan seorang penuai gandum yang membawa kepada kematian wizurai negeri tersebut, Dalmau de Queralt, Bupati Santa Coloma, yang penuh misteri bermula sekitar Jun 1640.

Ia membawa kepada Perjanjian Pyrene (1659), yang menyerahkan Daerah Roussillon dan bahagian utara Daerah Cerdanya kepada Perancis (Cerdagne) lalu membahagikan wilayah Kerajaan Catalonia dan Mahkota Aragon, seterusnya mengundurkan sempadan Sepanyol ke Pergunungan Pyrene.

Sumber[sunting | sunting sumber]