Perang Ratu Anne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perang Ratu Anne merujuk kejadian di mana penduduk Acadia, Persekutuan Wabanaki dan para paderi Perancis bersatu dalam mempertahankan Acadia dan sempadannya menentang New England. Mereka melakukan beberapa serangan ke atas penempatan New England di sepanjang sempadan Kempen Pantai Timur Laut dan Serangan ke atas Deerfield yang terkenal. Sebagai tindak balas, Mejar Benjamin Church membuat ekspedisi kelima dan terakhir beliau ke Acadia. Beliau menyerbu Castine, Maine dan kemudian menyambung serangan menentang Grand Pre, Pisiquid dan Chignecto. Beberapa tahun kemudian, beliau dikalahkan dalam Pengepungan ke atas Pemaquid (1696), Kapten March juga gagal dalam mengepung ibu kota Acadia, Port Royal (1707). Pasukan British berjaya semasa Pengepungan ke atas Port Royal (1710), sementara Persekutuan Wabanaki berjaya dalam Pertempuran Bloody Creek di kawasan berdekatan pada tahun 1711 dan terus menyerang di sepanjang perbatasan Maine.[1]

Pada tahun 1710, ibu kota Acadia Port Royal telah berjaya ditawan menghasilkan Perjanjian Utrecht pada tahun 1713.[2] Pihak British telah melepaskan kepada Perancis sebuah pulau yang dikenali sebagai Cape Breton yang terletak di muara sungai St. Lawrence, dan memberi kebebasan untuk mengukuhkan atau membina penempatan di sana. Pihak Perancis kemudian membina sebuah kubu pertahanan di Louisbourg, Cape Breton, bagi mengawal sebarang kemaraan dari arah laut ke Quebec.

Peta Amerika Utara pada tahun 1720 yang dihasilkan oleh Perancis. Kawasan Acadie mengunjur sehingga kini di New Brunswick.

Pada 23 Jun 1713, penduduk Perancis di Nova Scotia telah diberi masa setahun untuk mengistiharkan kesetiaan kepada Britain atau meninggalkan wilayah ini.[3][4][5] Pada masa yang sama, Perancis memberi isyarat kesediaan mereka akan kemungkinan perseteruan pada masa depan dengan mula membina kubu pertahanan Louisbourg di Île Royale, kini Pulau Cape Breton. Britian mula sedar akan kemungkinan ketidaksetiaan semasa perang oleh penduduk Acadia yang kini di bawah pemerintahan mereka. Para paderi Perancis berusaha untuk mengekalkan kesetiaan penduduk Acadia, dan mengekalkan kedudukan mereka di tanah besar Acadia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drake. The Border Wars of New England. pp. 264–266". Archive.org. Dicapai pada 2012-09-10.
  2. ^ See Article 12 of the Treaty of Peace and Friendship between Great Britain and France
  3. ^ Arthur G. Doughty, The Acadian Exiles. A Chronicle of the Land of Evangeline, Toronto, Glasgow, Brook & Company, 1916, pp. 28-46.
  4. ^ novascotia.ca: Acadian Heartland - Records of the Deportation and Le Grand Dérangement, 1714-1768, footnote pp.263-267
  5. ^ doucetfamily.org: "Our Acadian Heritage - Oath Of Allegiance Becomes Sticking Point With Acadians"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]