Perang Salib Turki (1481)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ekspedisi Portugal ke Otranto pada tahun 1481, di mana Portugal memanggilnya dengan nama Perang Salib Turki (Bahasa Portugis: Cruzada Turca), tiba terlalu lambat untuk terlibat dalam sebarang pertempuran. Pada 8 April 1481, Paus Sixtus IV mengeluarkan titah paus Cogimur iubente altissimo, yang mana menyeru sebuah perang salib menentang Turki, di mana menduduki Otranto di selatan Itali. Tujuan Paus adalah selepas menawan semula Otranto, para salibi akan menyeberangi Adriatik dan juga akan membebaskan Vlorë (Valona).

Portugal memutuskan untuk menghantar sebuah skuadron ke Otranto di bawah arahan uskup Évora, Garcia de Meneses. Dalam satu surat bertarikh 27 Ogos 1481 kepada Kardinal Paolo di Campofregoso, Sixtus menulis, "Daripada Portugal 20 buah karavel dan kapal kargo yang kami jangka akan tiba pada Hari St Paul, di mana pemimpinnya adalah saudara Garcia yang dihormati, uskup dari Évora."[1] Pada 7 September, beliau menulis kepada Raja Ferdinand I dari Naples, memaklumkan kepada beliau bahawa "sebuah armada yang kami hantar ke Otranto daripada Portugal. . . Kami berharap ia akan membantu dalam serangan ke atas Otranto. . ."[2] Pada 14 September, pada hari Uthmaniyyah menyerahkan Otranto, Paus menulis daripada Bracciano kepada timbalan-chamberlain, yang memberitahu beliau akan perkembangan perlahan armada Portugal. Sixtus berasa sangsi akan tujuan Garcia. Pada hari berikutnya (15 September), beliau menulis kepada uskup, memuji akan ketekunan dan kewaspadaan beliau, tetapi mendesak beliau untuk membawa armada beliau ke Vlorë bagi menghalau tentera Turki di sana dengan membuat "sesuatu yang berguna kepada agama Kristian dan kehormatan beliau dan raja", merujuk kepada Raja Afonso V yang baru meninggal dunia. Beliau juga mendesak Garcia untuk membawa Andreas Palaiologos, pemerintah multak Morea yang digulingkan, kembali ke Greece untuk memulakan penaklukan semula tanah beliau.[3]

Apabila Portugal tiba di Naples, Uthmaniyyah telah berundur, di sebabkan pada 3 Mei Sultan bagi Empayar Uthmaniyyah, Mehmed II, meninggal dunia dan pertikaian berkenaan pewarisan beliau meletus.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ex Po[r]tugallia viginti adsunt caravelle et navis una oneraria quas in dies apud Sanctum Paulum expectamus quarum prefectus est venerabilis frater Garsias episcopus Elborensis.
  2. ^ proficiscitur Hydruntum classis quam ex Portugallia accersivimus. . . Speramus illam magno usui Hydruntine expugnationi futuram. . .
  3. ^ All quotations from Sixtus' letters can be found in Setton, K. M. (1978). The Papacy and the Levant, 1204–1571. 2. Philadelphia: American Philosophical Society. m/s. 371–72. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Dias Vicente, João (1974). "Participação portuguesa na recuperação de Otranto (1481)". Itinerarium. 20 (83): 26–54.