Perang Troy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam mitologi Yunani, Perang Troy diperjuangkan terhadap kota Troy oleh golongan Achaea (Yunani) setelah Paris mengambil Helen dari suaminya Menelaus, raja Sparta.

Perang ini merupakan salah satu peristiwa paling penting dalam mitologi Yunani dan telah disampaikan melalui banyak karya dalam kesusteraan Yunani, terutamanya Iliad karya Homer. Teras Iliad (Buku II – XXIII) menerangkan tempoh empat hari dua malam pada tahun kesepuluh pengepungan Troy yang bertahan selama berdekad-dekad lamanya; Odyssey menggambarkan perjalanan pulang si pahlawan Odysseus dari medan perang tersebut. Bahagian-bahagian lain yang berlaku dalam perang ini turut digambarkan dalam puisi kitaran epik yang terselamat melalui serpihan. Catatan dari perang ini turut menyediakan bahan bagi tragedi dan karya sastera Yunani, dan untuk penyair Rom termasuk Virgil dan Ovid.