Perapian air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perapian air merupakan salah satu cara membiarkan konkrit mengeras dan mencapai kekuatan optimanya. Perapian air merupakan salah satu kaedah tradisional, iaitu dengan membekalkan bekalan sumber air yang berterusan. Ini dicapai dengan membanjiri permukaan atau menyembur semburan halus air pada permukaan terdedah.

Kaedah ini amat berkesan tetapi mempunyai kelemahannya. Ia memerlukan pekerja yang ramai kerana pemerhati diperlukan bagi memerhati kadar kelembapan pada permukaan. Tambahan lagi, ia amat penting bagi mengekalkan kadar kelembapan. Ia membawa lebih banyak keburukan dalam pengeringan simen bagi melalui kitaran lembab dan kering yang berulang, berbanding membiarkan ia begitu sahaja.