Perbankan Islam di Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Philippine Amanah Bank (PAB) telah ditubuhkan pada tahun 1973 oleh satu dekri Presiden sebagai satu institusi perbankan tanpa sebarang rujukan pada karakter Islamik pada perlembagaan bank tersebut.

Penubuhan bank ini adalah semata-mata untuk mengambil hati penduduk Muslim oleh Kerajaan Filipina. Tugas utama PAB adalah untuk membantu usaha pemulihan dan pembangunan di kawasan-kawasan Muslim di Mindanao, Sulu dan Palawan. PAB mempunyai 8 cawangan di bandaraya-bandaraya utama kebanyakkannya di selatan Filipina dan termasuk satu cawangan di Makati (Metro Manila). Ibu pejabatnya terletak di Bandaraya Zamboanga, Mindanao. Pada permulaan operasinya PAB mempunyai kedua-dua sistem perbankan Islam dan perbankan konvensional. Tetapi kini usaha sedang dijalankan untuk menjadikan PAB sebuah bank yang mengamalkan perbankan Islam 100%.

Bank Islam di Filipina[sunting | sunting sumber]