Perbincangan:Abjad Syriak

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya rasa nama yang betul ialah "Serani", bukan "Syriak". "Syriac" dalam bahasa Inggeris merujuk kepada "Syrian Cristian", dan "Serani" dalam Kamus Dewan bermaksud:

Kristian; air ~ air suci (dlm agama Kristian utk pembaptisan); masuk ~ memeluk agama Kristian; orang ~ a) orang yg beragama Kristian; b) orang peranakan drpd bangsa Eropah dgn bangsa Asia (Eurasian); c) sl orang Portugis;

WikiId pula menggunakan "Suryani", manakala dalam WikiAr, "suryaniyyah".—Aviator, 21:40, 11 November 2007 (UTC)[balas]

Serani biasanya merujuk kepada campuran Asia-Eropah. Oleh itu kurang sesuai sebagai bahasa Serani. Lain kali sila bincang sebelum memindahkan rencana kecuali berasaskan fakta. Yosri 01:32, 12 November 2007 (UTC)[balas]

Betul kata Yosri, Serani merupakan bangsa Asia-Eropah. Dimana kaum ini boleh didapati di Malaysia dan bahagian rantau Asia lain dan di Eropah. Jadi kalau nak tukar perkataan Syriak boleh, asalkan tak lari dari maksud asalnya. — Imran Al-Sahih 09:46, 12 November 2007 (UTC)[balas]
Sila rujuk petikan Kamus Dewan di atas. "Serani" boleh merujuk kepada agama Kristian atau kaum campuran Asia-Eropah (yang juga beragama Kristian). Dan, menurut en:Syriac laguage, pada zaman dahulu bahasa ini digunakan untuk meyebar ajaran Kristian di Asia. Jadi, saya rasa padanan yang paling tepat dalam bahasa Melayu ialah "bahasa Serani".—Aviator, 17:29, 12 November 2007 (UTC)[balas]