Perbincangan:Libur (majalah)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemunculan Majalah LIBUR bukanlah sekadar memberikan informasi percutian sahaja malah memikul satu tanggungjawab yang besar ke arah pertumbuhan industri pelancongan Negara.

LIBUR lahir atas keinginan masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keharmonian hidup dalam sebuah bangsa yang berbilang kaum. Rakyat Malaysia yang lazimnya hidup aman damai dalam sebuah Negara sememangnya mengamalkan budaya ‘bercuti’ sebagai satu cara menghabiskan waktu lapang dan satu cara yang terbukti berkesan dalam merapatkan tali kekeluargaan.

Justeru LIBUR mempamerkan identiti rakyat Malaysia dalam sebuah majalah yang merangkumi gaya hidup masyarakat masa kini.

Apa yang pasti usaha murni ini majalah LIBUR ini bukan sahaja menyumbang ke arah pertumbuhan industri pelancongan Negara malah dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, sihat fizikal, mental dan penyayang.