Perbincangan:Lukisan digital

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penggunaan Digit sebagai terjemaham untuk digital[sunting sumber]

Saya kurang bersetuju dengan penggunaan digit sebagai terjemahan untuk "digital". Perkataan "digital" telah diterima-pakai secara meluas di dalam bahasa melayu pada masa sekarang, malah media-massa (akhbar, majalah) juga telah menerima-pakai perkataan ini.

Saya kurang bersetuju kerana "digit" tidak melambangkan digital dan digit tidak dapat di terjamahkan kembali kepada bahasa inggeris sebagai digital tetapi diterjemahkan sebagai "digit"; yang mempunyai maksud yang berlainan.

Saya juga tidak bersetuju dengan penggunaan lukisan sebagai terjemahan untuk painting. Lukisan jika diterjemah kepada bahasa inggeris ialah "drawing"; iaitu benda yang berbeza dengan "painting". Pada pengamatan saya penggunaan "catan" (kata dasar cat(paint)) adalah lebih bersesuaian untuk terjemahan "painting"

Saripol Sulaiman 06:08, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya setuju dengan anda untuk menggunakan "digital". Tapi saya tidak setuju dengan "catan". Sebab pertama ialah berapa ramai yang tahu apa itu catan? Sebab kedua ialah paint mempunyai dua maksud: "lukis" dan "cat". Saya kira kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ini. Namun pedoman Wikipedia ialah menggunakan tajuk yang popular jika tiada nama rasmi. Ringksanya: Lukisan digital. ...Aurora... 09:56, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Istilah Dewan Bahasa[sunting sumber]

Sebenarnya, saya juga berasa nama "lukisan digital" bunyinya lebih sedap. Tetapi Kamus Dewan Bahasa memberikan istilah yang berikut (tanpa istilah "digital drawing"):

  • digital network: rangkaian digit
  • digital computer: komputer digit
  • digital calculator: alat kira digit
  • digital system: sistem digit
  • integrated services digital network: rangkaian digital perkhidmatan bersepadu
  • international digital data service: perkhidmatan data berdigit antarabangsa
  • digital filter: penapis digit
  • digital nerve: saraf digit
  • digital vein: vena digit
  • digital artery: arteri digit
  • serial digital signal: isyarat digit siri

Jika kita melihat pola terjemahan untuk "digital" tanpa melibatkan perasaan atau kecenderungan peribadi (personal bias), nyatanya bahawa "digital drawing" ialah "lukisan digit". Daripada apa yang saya menemui dalam pembentukan istilah Dewan Bahasa, Dewan Bahasa akan mengekalkan sesuatu perkataan yang "salah", umpamanya "rangkaian digital perkhidmatan bersepadu" dan "perkhidmatan data berdigit antarabangsa", HANYA jika perkataan itu telah digunakan secara meluas. Jika tidak, mereka akan mengamalkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. — PM Poon 11:01, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya memohon maaf jika susunan ayat saya di atas menampakkan kecenderungan untuk melibatkan perasaan peribadi. Bukan niat saya sama sekali. Saya hanya cuba meluahkan buah fikiran saya sahaja.
Saya faham tentang keperluan untuk mematuhi panduan yang telah digarapkan oleh DBP, tetapi rasanya bahasa juga perlu berubah mengikut zaman, kesesuaian dan penggunaan bagi memenuhi tujuan sebenar bahasa itu sendiri; iaitu sebagai alat komunikasi.
Dan pada pengamatan saya perkataan "digit" tidak membawa maksud digital, lebihan pula penggunaan "digital" itu sendiri telah diterima pakai secara meluas.
Merujuk kepada perkataan catan sebagai terjemahan "painting", jika ianya sukar diterima pakai, mungkin kita boleh menggunakan contoh dari "Lukisan cat minyak(Oil painting)" sebagai panduan dan menterjemahkan painting sebagai "Lukisan cat".
dua sen saya. —Saripol Sulaiman 12:02, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Saripol, oleh sebab penguasaan bahasa Melayu saya tidak mencukupi, saya amat bergantung kepada kaedah Dewan Bahasa. Buatlah saje apa yang anda fikir berpatutan. Saya cuma memberikan pendapat saya saje, berdasarkan apa yang saya tengah belajar.

Tetapi ingatlah bahawa ini adalah sebuah portal ensiklopedia, bukan sebuah portal untuk novel. Bagi novel, penggunaan gaya sendiri memang amat dialu-alukan. Sebenarnya, seorang pengarang novel yang baik harus mencipta perkataan-perkataan yang baru, umpamanya, William Shakespeare telah dikatakan mencipta 10% daripada perkataan dalam bahasa Inggeris pada masanya. Itu memang merupakan kes keterlaluan. Biasanya, pengarang yang termasyhur akan mencipta satu atau dua perkataan sendiri sahaja, umpamanya paradigm dicipta oleh Thomas Kuhn dalam bukunya The Structure of Scientific Revolutions pada tahun 1962. Sejauh yang saya tahu, beliau tidak mencipta perkataan yang lain.

Bagi rencana ensiklopedia, ingatlah bahawa kaedah piawai untuk penggunaan adjektif istilah pinjaman bukannya menggunakan terjemahan adjektif secara harfiah, tetapi seringnya kena ditukarkan menjadi kata nama, umpamanya:

  • physical chemistry: kimia fizik, bukan kimia fizikal
  • practical aspect: aspek praktik, bukan aspek praktikal
  • technical information: maklumat teknik, bukan maklumat teknikal
  • sexual reproduction: pembiakan seks, bukan pembiakan seksual
  • tactical plan: rancangan taktik, bukan rancangan taktikal.

Oleh sebab, perkataan "digital" berasal daripada "digit", namun amat susah nak mengatakan bahawa "perkataan "digit" tidak membawa maksud digital," hehehe. — PM Poon 14:17, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya rasa ini adalah satu perbincangan yang sihat yang boleh membentuk hala tuju wikipedia ini dalam penterjemahan dimasa hadapan. Bukan tujuan saya untuk mencari siapa yang salah atau siapa yang betul; cuma cuba mencari penyelesaian terhadap satu kemusykilan.

Satu penemuan yang menarik yang saya jumpai : sebelum ini saya cuba merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk mencari terjemahan "digital" dan gagal untuk mendapatkan satu perkataan yang tepat. Sebaliknya, apabila saya merujuk kepada Kamus Dewan, perkataan "digital" telah didaftarkan sebagai salah satu daripada perkataan di dalam bahasa melayu dan membawa maksud yang lebih sesuai di dalam konteks perbincangan ini --digital; juga terjemahan untuk catan

Walaubagaimanapun, mungkin kita boleh mendapatkan pandangan dari penyumbang-penyumbang yang lain berhubung perkara ini.

Saripol Sulaiman 16:15, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]


Sama juga dengan:

Perkataan-perkataan itu juga wujud, tetapi tidak digunakan dalam bentuk yang tertulis di atas. — PM Poon 16:51, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Betul jugak tu, tetapi bagaimana pula dengan penggunaan-pengunaan lain seperti ujian fizikal, latihan praktikal, maklumat teknikal, gangguan seksual dsb. —Saripol Sulaiman 03:36, 1 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya, saya juga fikir bahawa digital signal harus diterjemahkan sebagai isyarat digital, dan bunyi lukisan digital adalah lagi sedap berbanding lukisan digit. Bagaimanapun, saya cuma menimbulkan fakta-fakta dan garis panduan Dewan Bahasa untuk istilah pinjaman saje.

Sebenarnya, Dewan Bahasa pun amat keliru. Kamus Istilah Dewan Bahasa menggunakan "digit" untuk "digital" dalam kata majmuk, sedangkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan menggunakan "berdigit", umpamanya:

  • digital circuit: litar berdigit
  • digital clock: jam berdigit
  • digital computer: komputer berdigit.

Oleh itu, jika kita mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kita harus menamakan "digital painting" sebagai lukisan berdigit. Tetapi tidak adanya "lukisan digital" yang digunakan dalam kedua-dua versi kamus Dewan. Bagaimanapun, jika saya mengikut pola-pola pembentukan istilah pinjaman yang digunakan oleh Dewan untuk istilah lain, kita memang kena menggunakan "lukisan digit".

Sebenarnya, bahasa Melayu masih belum stabil lagi, dan oleh itu, kita boleh nampak dua lajur dalam Kamus Istilah Dewan Bahasa, iaitu satu untuk istilah terkini, dan satu lagi untuk istilah lama. Oleh itu, saya lebih bergantung kepada Kamus Istilah sebab saya nampak bahawa Kamus Inggeris-Melayu Dewan kekadang masih menggunakan "istilah lama" sebagaimana yang ditakrif oleh Kamus Istilah Dewan Bahasa.

Saripol, biar macam ini. Jika anda masih berasa tidak selesa tentang penggunaan "lukisan digit", tukarkanlah kepada "lukisan digital" saje. Kan anda dah ada sokongan daripada Aurora? — PM Poon 18:33, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]


Apa yang saya cuba dapatkan di sini ialah terjemahan yang membawa maksud yang paling tepat kerana pada pandangan saya, jika terlalu hendak mematuhi panduan sehingga terjemahan telah lari dari maksud asal maka terjemahan itu sudah hilang fungsi.

Kerana pada pandangan saya "Lukisan digit" menggambarkan lukisan² yang berkait dengan digit² nombor 0-9, dan bukannya lukisan cat yang dihasilkan dengan bantuan komputer

Penyumbang yang lain macam mana? atau hanya kita bertiga sahaja yang ada? heheh

Saripol Sulaiman

Nampaknya hanya kita bertiga :) Memandangkan perkataan digital dll memang wujud, saya rasa tiada salahnya, lebih lagi kerana ia telah digunakan dalam media. Seperti yg saya nyatakan di atas, Wikipedia mengesyorkan nama popular sebagai tajuk selepas nama rasmi. Dalam kes ini, DBP pun keliru, jadi ikut kitalah. ...Aurora... 04:26, 1 Jun 2006 (UTC)[balas]

Alasan yang terbaik untuk penggunaan "lukisan digital" yang telah dikemukakan setakat ini ialah 'Lukisan digit' menggambarkan lukisan² yang berkait dengan digit² nombor 0-9. Salah satu daripada garis panduan Dewan Bahasa ialah jika terdapatnya kekeliruan, penyimpangan daripada garis panduan boleh dilakukan.

Sebenarnya, Dewan Bahasa masih mengemaskinikan kamus mereka. Umpamanya, istilah "scientific". Dulu, semasa saya merujuk kepada kamus istilahnya untuk terjemahan "scientific name", terjemahan itu tidak ada, tetapi yang lain menggunakan "sains", bukan "saintifik". Semalam, sewaktu saya hendak memperoleh contoh-contoh untuk menyokong penggunaan nama kata untuk adjektif (seperti yang ditulis di atas), saya mendapati mereka sudah menukarkan SEMUA istilah "scientific" supaya kini menjadi "saintifik"! Terkejut saya sebab saya telah menukarkan beratus-ratus "nama saintifik" yang ditulis oleh Yosri menjadi "nama sains".

Oleh itu, saya pun tidak berapa yakin dengan Dewan. Kalau tak yakin dengan Dewan, kepada siapakah kita dapat bergantung? Saya berasa Dewan tidak tahu akan tugas mereka. Mereka cuba tembak saje. Bagi pendapat saya, bahasa Melayu kini dah seolah-olah sebuah bahasa buatan. Dalam hal demikian, mereka harus mengikut bahasa Esperanto atau bahasa Ido, dan mematuhi kaedah yang telah dicipta. Jangan kekadang ikut, kekadang tidak. Bagi saya, kekadang mereka tidak begitu tegas. Jika perkataan telah dicipta oleh orang, mereka ikut saje. Kini, tidak tahu siapa ikut siapa.

Lagi pun, portal dalam talian mereka selalu tergendala. Baru tadi, server mereka down sekali lagi. Bagi saya, jika server pun tak tahu jaga, baik mereka balik tidur. Sebenarnya, saya berasa Pengurus Besar dan pengurusan Dewan Bahasa harus meletakkan jawatan mereka, kerana nyata mereka tak layak memegang jawatan-jawatan itu kalau hanya sebuah server pun tak tahu mengendalikan. — PM Poon 06:01, 1 Jun 2006 (UTC)[balas]