Perbincangan:Mengabang Telipot

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya merupakan salah seorang anak jati Mengabang Telipot yang membesar di bawah tiupan angin laut di kawasan masjid, iaitu di Kampung Kolam Mengabang Telipot. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot bermula pada tahun 1976 hingga 1981. Menyambung pelajaran di Sekolah Sultan Mahmud, Wakaf Tembusu Kuala Terengganu pada tahun 1982 hingga 1986. Seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Universiti Malaya dari tahun 1987 hinggalah saya mendapat segulung ijazah dalam bidang Fizik pada tahun 1993. Sekarang saya adalah salah seorang yang bertanggung jawab membangunkan bandar Putrajaya. Memang banyak perubahan yang telah berlaku di kampung saya itu, tapi kebanyakannya perubahan ke arah perkara yang lebih negatif. Dengan keadaan masyarakat yang semakin bertambah dan dunia globalisasi, sememangnya perubahan tidak lagi dapat di elak.