Perbincangan:Tulisan Cina Ringkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mudah kepada ringkas?[sunting sumber]

Pada pendapat saya, istilah "mudah" dalam "tulisan cina mudah" kurang sesuai. Tidak dapat dinafikan bahawa istilah tersebut diterjemahkan daripada perkataan Inggeris "simplified".

Namun begitu, carian internet saya mendapati bahawa istilah "ringkas" digunakan secara rasmi, dan penggunaannya lebih tepat berbanding "mudah".

Jadi, bolehkah rencana ini disunting tajuknya menjadi Tulisan Cina Ringkas? Laman-laman lain yang menggunakan istilah "mudah" juga patut ditukar kepada "ringkas".

Sekian, harap maklum. Hytar 21:21, 1 September 2007 (UTC)

Setuju. ...Aurora... 14:09, 2 September 2007 (UTC)
Satu lagi, character sepatutnya diterjemah kepada aksara, bukannya tulisan. tetapi, saya tidak pasti bagaimana pendapat pengguna Cina di sini. Mungkin ada sesiapa yang lebih arif. Yosri 01:01, 3 September 2007 (UTC)

Tulisan lebih tepat. Sebab tulisan Cina bukan terdiri dpd huruf-huruf, dan aksara mungkin bermaksud "huruf". Saya pernah lihat InterWiki dlm rencana aksara (kini dialihkan kpd aksara (pengkomputeran), ada banyak yg bermaksud alphabet. Chinese character merujuk kpd sesuatu perkataan Cina yg individu, tapi perkataan itu bukan huruf, tetapi sesuatu yg terdiri dpd beberapa radikal. Radikal itu pula bukannya huruf juga, cuma bahagian yg membentukkan sesuatu perkataan. --Edmund The King of The Woods! 08:23, 3 September 2007 (UTC)