Perbincangan kategori:Orang Malaysia mengikut negeri

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya mendapati bahawa kategori-kategori yang terdapat dalam Kategori:Orang Malaysia mengikut negeri sedikit sebanyak bertindih dengan Kategori:Kelahiran Malaysia kerana kedua-duanya sama menyusun tokoh-tokoh Malaysia mengikut negeri asal atau kelahiran. Bagi saya "Orang dari" lebih tepat menggambarkan asal-usul seseorang tokoh. Cth: Marsha Milan Londoh ialah orang dari Sabah kerana beliau membesar di Sabah tetapi adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa beliau adalah "kelahiran Sabah" kerana beliau sebenarnya dilahirkan di luar negara (Amerika Syarikat) tetapi tetap menjadi warga Malaysia.

Saya harap agar pihak berkenaan pertimbangkan sama ada untuk menggabungkan kedua-dua kategori "Kelahiran (negeri)" dan "Orang dari (negeri)" ke bawah kategori "Orang dari (negeri)", ataupun membiarkan keadaan seperti sekarang dengan membubuh peringatan untuk membezakan antara "kelahiran" dan "negeri asal". Segalanya terpulang kepada pihak berkenaan sekalian. Terima kasih. Fanatix 03:54, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa biarkan sahaja. ...Aurora... 05:12, 22 November 2007 (UTC)[balas]