Perbincangan pengguna:2001:E68:5409:5835:F59B:C4F2:5B60:FD4F
Salam sejahtera. Saya berterima kasih atas suntingan yang anda lakukan pada laman Bahasa Melayu-Polinesia Purba. Namun saya berpendapat anda tidak seharusnya menterjemah "rekonstruksi" kepada "reka balik" atau "reka semula" sebab "rekonstruksi" ini bukannya berkaitan reka cipta bahasa sebaliknya berkaitan usaha-usaha untuk mewujudkan kembali bahasa hipotesis yang pernah dituturkan berdasarkan ciri-ciri atau bukti-bukti linguistik sedia ada. Malahan perkataan "rekonstruksi" telah diterima secara umumnya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebagai salah satu istilah linguistik yang digunapakai dalam bahasa Melayu Baku.
Disebabkan ini saya telah mengubah suntingan anda balik ke versi yang sebelum ini. Sekian, محمد حكيمي (bincang) 08:08, 18 Jun 2023 (UTC)
Ini ialah laman perbualan bagi pengguna tanpa nama, iaitu pengguna yang tidak log masuk ataupun masih belum membuka akaun. Kami terpaksa menggunakan alamat IP untuk mengesan pengguna tersebut. Alamat IP ini mungkin digunakan oleh ramai pengguna. Sekiranya anda ialah pengguna tanpa nama dan berasa bahawa komen yang tidak kena mengena telah ditujui kepada anda, sila log masuk atau membuka akaun bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dengan pengguna tanpa nama yang lain. Mendaftar juga menyembunyikan alamat IP anda. [WHOIS · rDNS · Traceroute · Semakan Tor · Sekatan semasa · Sumbangan sejagat] · [RIR: Amerika · Eropah · Afrika · Asia-Pasifik · Amerika Latin/Caribbean] |