Perbincangan pengguna:Ansaragmc

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ANSARA GEMENCHEH[sunting sumber]

MRSM Gemencheh menerima pelajarnya yang pertama pada tanggal 16 April 2007. Anak pertama MRSM Gemencheh lahir pada hujung December 2008. Sehingga kini, ketika catatan ini dibuat (02-08-2016) MRSM Gemencheh telah berusia 9 tahun dan akan menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada tahun hadapan.

Pada 30-07-2016, buat pertama kalinya MRSM Gemencheh menghimpunkan bekas-bekas anak didiknya untuk menubuhkan Ansara-Gemencheh (Anak-Anak Sains Mara-Gemencheh). Perhimpunan kali yang pertama ini bertujuan menemukan kembali bekas-bekas pelajar dengan guru-guru MRSM Gemencheh. Disamping itu, pertemuan ini juga sebagai Kick Start untuk menubuhkan Ansara-Gemencheh. Pertemuan yang bersempenekan hari raya ini telah menyatukan hampir 100 orang bekas pelajar dari pelbagai kelompok yang bermula dengan kelompok pelajar 2007 sehinggalah 2014.

Pertemuan kali pertama ini dikepalai oleh salah seorang guru (Miss Cathy Nelson Sigan) yang masih mengajar di MRSM Gemencheh bermula dari tahun 2008 sehingglah pada tarikh pertemuan bekas-bekas pelajar tersebut. Inisiatif awal yang dimulakan oleh beliau disambut baik oleh para bekas pelajar MRSM Gemencheh. Idea ini disokong kuat oleh ayahanda pengetua ketika itu (Ayahanda Tn Hj Ghozi) yang turut banyak memberi sokongan kepada Miss Cathy dan beliau turut bersemangat untuk bertemu kembali dengan bekas-bekas plejar MRSM Gemencheh walaupun ada kelompok-kelompok pelajar yang tidak pernah berada dibawah pengendalian beliau. Beliau berkata :"setiap pelajar yang keluar hasil daripada didikan MRSM Gemencheh diterima dengan lapang hati untuk menjadi ahli Ansara-Gemencheh". Beliau turut berasa gembira dengan kehadiran bekas-bekas pelajar yang kelihatan bersemangat untuk hadir dan riak sayang di wajah bekas-bekas pelajar terhadap MRSM Gemencheh jelas terpancar di wajah bekas-bekas pelajar, kata beliau.