Perbincangan pengguna:Makan91
Tambah topikKalau nak bertegur sapa, silakan conteng di sini~
[PENTING] Pengundian perlucutan hak penyelia
[sunting sumber]Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu:
- Pengguna:Ricky250 (laman pengundian)
- Pengguna:Rachun Dunia (laman pengundian)
- Pengguna:SNN95 (laman pengundian)
- Pengguna:Irfanshaharuddin (laman pengundian)
- Pengguna:Aurora (laman pengundian)
- Pengguna:Zamwan (laman pengundian)
- Pengguna:Yosri (laman pengundian)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang.
Tinjauan Penglibatan Komuniti: Persidangan Wikimedia Kebangsaan Malaysia
[sunting sumber]Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia merancang untuk menganjurkan persidangan Wikimedia bersemuka peringkat kebangsaan yang pertama pada tahun ini untuk menghimpunkan ramai sukarelawan Wikimedia di Malaysia termasuk sukarelawan Wikipedia Bahasa Melayu untuk membincangkan cadangan, masalah dan penyelesaian berkaitan projek dan gerakan Wikimedia.
Sehubungan itu, tinjauan penglibatan komuniti perlu dilakukan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak yang bertujuan untuk membantu penganjur merancang persidangan tersebut.
Anda boleh mengisi borang tinjauan di pautan berikut sebelum 31 Januari 2026: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfLI5CVmF-MH_p0PO2XKKohk8Uip5t-SH83F34GXIwzA4jyng/viewform?usp=header
TofeikuBincang 11:27, 17 Januari 2026 (UTC)