Perdana Menteri Denmark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perdana Menteri Denmark
Danmarks statsminister
National Coat of arms of Denmark.svg
Jata negara Kerajaan Denmark
Flag of Denmark (state).svg
Bendera Denmark
Lars Løkke Rasmussen in 2017.jpg
Penyandang
Lars Løkke Rasmussen

sejak 28 Jun 2015 - 5 Jun 2019
GelaranTuan Perdana Menteri (Formal)
His Excellency (diplomatik, luar dari Denmark[1])
AnggotaParlimen Kebangsaan Denmark
Kabinet Denmark
Majlis Eropah
KediamanMarienborg
PejabatChristiansborg, Copenhagen, Denmark
PelantikMonarki
Berdasarkan sistem majoriti di dakam parlimen Folketing
TempohTiada tempoh penggal yang tetap (Maksimum sehingga 4 tahun)
Pembentukan22 Mac 1848
Pemegang pertamaAdam Wilhelm Moltke
TimbalanMenteri Luar Denmark[2]
Gajikr. 1,458,000 p.a. ($ 269,830)
Laman webThe Prime Minister's Office

Perdana Menteri Denmark (Bahasa Denmark: Danmarks statsminister) adalah ketua eksekutif Kerajaan Denmark. Sebelum kewujudan jawatan ini, Denmark pada mulanya diperintah oleh monarki mutlak, di mana pihak berkuasa eksekutif terletak hak mutlaknya pada seorang Raja / Ratu Denmark. Perlembagaan 1849 mewujudkan monarki perlembagaan dengan menghadkan kuasa-kuasa Raja dan mewujudkan jawatan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat Denmark. Perdana Menteri pertama ialah Adam Wilhelm Moltke.

Perdana Menteri akan mengetuai sesebuah kabinet kerajaan yang secara rasmi diperkenan oleh Raja / Ratu. Dalam praktiknya, perlantikan jawatan Perdana Menteri ditentukan oleh sokongan mereka di Folketing (Parlimen Kebangsaan). Sejak awal abad ke-20 tidak ada satu pihak yang memegang majoriti di Folketing, jadi Perdana Menteri mesti memimpin kerajaan campuran dari penggabungan parti-parti politik yang sah bertanding dengan parti yang memenangi lebih banyak kerusi tetapi gagal membentuk kerajaan dengan majoriti mudah atau majoriti dua pertiga dewan. Di samping itu, selepas Perang Dunia II, hanya empat kerajaan campuran berjaya membentuk kerajaan selepas mencapai majoriti di Folketing, sehingga gabungan (dan Perdana Menteri) juga harus mendapat sokongan dari parti-parti kecil yang lain.

Perdana Menteri Denmark semasa ini ialah Lars Løkke Rasmussen, sejak 28 Jun 2015 hingga 5 Jun 2019 berjaya memimpin sebuah kerajaan yang terdiri daripada gabungan parti Venstre, Perikatan Liberal dan Parti Rakyat Konservatif dengan sokongan parlimen dari Parti Rakyat Denmark. Dalam pilihan raya umum Denmark yang diadakan pada 5 Jun 2019, sokongan kerajaan dan parlimen Løkke Rasmussen mengalami kekalahan dan pada 6 Jun 2019 yang memaksa Lars Løkke Rasmussen mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan dan menyerahkan pemerintahan sementara kepada Queen Margrethe II. Mette Frederiksen dari parti Democrat Social yang memenagi 94 daripada 179 kerusi Parlimen Kebangsaan dijangka bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Denmark ke-27 dan Perdana Menteri perempuan Denmark yang kedua.

Senarai Perdana Menteri Denmark[sunting | sunting sumber]


Mantan Perdana Menteri yang masih hidup[sunting | sunting sumber]

Garis masa (1948 - kini)[sunting | sunting sumber]

Mette FrederiksenHelle Thorning-SchmidtLars Løkke RasmussenAnders Fogh RasmussenPoul Nyrup RasmussenPoul SchlüterPoul HartlingAnker JørgensenHilmar BaunsgaardJens Otto KragViggo KampmannHans Christian HansenErik EriksenHans HedtoftKnud KristensenErik ScaveniusVilhelm BuhlThomas Madsen-MygdalThorvald StauningMichael Pedersen FriisOtto LiebeKlaus BerntsenCarl Theodor ZahleLudvig Holstein-LedreborgNiels NeergaardJens Christian ChristensenJohan Henrik DeuntzerHannibal SehestedHugo Egmont HørringTage Reedtz-ThottJacob Brønnum Scavenius EstrupChristen Andreas FonnesbechLudvig Holstein-HolsteinborgChristian Emil Krag-Juel-Vind-FrijsDitlev Gothard MonradCarl Edvard RotwittCarl Christian HallCarl Christoffer Georg AndræPeter Georg BangAnders Sandøe ØrstedChristian Albrecht BluhmeAdam Wilhelm Moltke
Helle Thorning-SchmidtLars Løkke RasmussenAnders Fogh RasmussenPoul Nyrup RasmussenPoul SchlüterPoul HartlingAnker JørgensenHilmar BaunsgaardJens Otto KragViggo KampmannHans Christian HansenErik EriksenHans HedtoftKnud KristensenErik ScaveniusVilhelm BuhlThomas Madsen-MygdalThorvald StauningMichael Pedersen FriisOtto LiebeKlaus BerntsenCarl Theodor ZahleLudvig Holstein-LedreborgNiels NeergaardJens Christian ChristensenJohan Henrik DeuntzerHannibal Sehested (council president)Hugo Egmont HørringTage Reedtz-ThottJacob Brønnum Scavenius EstrupChristen Andreas FonnesbechLudvig Holstein-HolsteinborgChristian Emil FrijsDitlev Gothard MonradCarl Edvard RotwittCarl Christian HallCarl Christoffer Georg AndræPeter Georg BangAnders Sandøe ØrstedChristian Albrecht BluhmeAdam Wilhelm Moltke

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Protocol and Liaison Service Diarkibkan 16 November 2012 at WebCite, United Nations.
  2. ^ Statsministeriet (28 November 2016). "State Council Order" (PDF) (dalam bahasa Danish). Dicapai 20 February 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]