Pergunungan Long Range

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pergunungan Long Range merupakan satu siri gunung–gunung di sepanjang pantai barat pulau Newfoundland, Kanada. Pergunungan ini juga membentuk bahagian paling utara dalam rangkaian Pergunungan Appalachia yang terletak di kawasan pinggir laut timur Amerika Utara. Pada 2003, suatu pengumuman telah dibuat bahawa Jejak Antarabangsa Appalachia akan dipanjangkan sehingga Pergunungan Long Range. Puncak tertinggi bagi pergunungan ini adalah The Cabox dengan ketinggian 814 meter (2,671 kaki).[1]

Puncak tertinggi[sunting | sunting sumber]

Gunung The Cabox.
Gunung Gros Morne.
Puncak–puncak tertinggi di
Pergunungan Long Range
Ked. Nama Ketinggian
meter kaki
1 The Cabox 814 2671
2 Gros Morne 807 2644
3 Gunung Blue 800 2625
4 Big Level 795 2608
5 Bukit Round 763 2653
6 Bukit Rocky Harbour 756 2480
7 Gunung Saint Gregory 686 2251
8 Gros Paté 673 2208
9 Bukit Big Hill 659 2162
10 Old Crow 649 2129

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Pergunungan Long Range dari Taman Negara Gros Morne

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Montagnes" (dalam bahasa Perancis). Atlas Kanada. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2014. Dicapai pada 1 April 2010.