Perisian pengurusan rujukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perisian pengurusan rujukan (Inggeris: Reference management software), merupakan perisian untuk ahli sarjana dan pengarah menggunakan bagi tujuan merekod dan pemetikan (atau petikan) bibliografik (rujukan).[1] Apabila sesuatu petikan direkod, ia boleh diguna pakai pada bila-bila masa dalam menghasilkan bibliografi seperti senarai rujukan dalam buku, artikel dan esei ilmiah. Pembangunan pakej pengurusan rujukan telah dipacu oleh perkembangan pesat kesusasteraan saintifik.

Perisian-perisian ini kebiasannya mengandungi pangkalan data yang mana rujukan bibliografik penuh boleh dimasukkan, serta sebuah sistem untuk menghasilkan senarai artikel yang dipilih dalam format-format berbeza mengikut keperluan penerbit dan jurnal ilmiah. Pakej pengurusan rujukan moden juga kebiasaannya terintegrasi dengan pemproses perkataan bagi membolehkan senarai rujukan dalam format tertentu dalam dihasilkan secara automatik bagi mengurangkan risiko sumber-sumber yang dipetik tidak dimasukkan ke dalam senarai rujukan. Ia juga mempunyai kemudahan untuk mengimport butiran penerbitan dari pangkalan data bibliografi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Francese, Enrico (2013). "Usage of Reference Management Software at the University of Torino". JLIS.it. University of Florence. 4 (1). doi:10.4403/jlis.it-8679. Dicapai 2016-09-09. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]