Perjanjian Pressburg
Penampilan
Perjanjian Pressburg merupakan perjanjian keamanan yang ditandatangani oleh Empayar Perancis dan Empayar Austria pada 26 Disember 1805 akibat kekalahan Austria di Kempen Ulm (25 Septmebr – Oktober 20) dan Pertempuran Austerlitz (2 Disember). Ia ditandatangani di Bratislava (bahasa Jerman: Pressburg) oleh Johann I Joseph, Putera Liechtenstein dan Ignaz Gyulai untuk Austria dan Charles Maurice de Talleyrand-Périgord bagi Perancis. Ia juga dikenali sebagai Keamanan Pressburg Keempat kerana terdapat tiga Perjanjian Pressburg (1271, 1491 dan 1626) yang pernah ditandatangani.