Perkuburan Yahudi Lama, Prague

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Thousands of gravestones are crammed into the Old Jewish Cemetery in Prague.

Perkuburan Yahudi Lama (Czech: Starý židovský hřbitov) merupakan perkuburan Yahudi terbesar di Eropah dan salah satu monumen bersejarah Yahudi terpenting di Prague. Ia telah digunakan sejak separuh pertama abad ke-15 sehingga tahun 1786. Antara tokoh Yahudi tempatan terkenal yang telah dikebumikan di sini termasuklah rabbi Jehuda Liva ben Becalel – Maharal (ca. 1526–1609), ahli perniagaan Mordecai Maisel (1528–1601), sejarahwan David Gans (ca. 1541–1613) dan rabbi David Oppenheim (1664–1736). Kini, perkuburan ini telah diuruskan oleh Muzium Yahudi di Prague.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Singa - perisai di batu nisan Hendl Bassevi.

Perkuburan Yahudi Lama bukanlah perkuburan pertama Yahudi di Prague - perkuburan pertama dikenali sebagai "Taman Yahudi" terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai New Town of Prague. Perkuburan ini telah ditutup atas arahan Raja Vladislaus II pada tahun 1478 atas desakan oleh penduduk Prague. Kemudian ia hilang di bawah jalan-jalan di New Town. Batu nisan tertua yang terdapat di sana ialah milik rabbi dan pensajak Avigdor Kara iaitu tahun 1439 dengan batu nisan terakhir dengan tahun 1787 dengan tiga tahun terdahulu, Maharaja Josef II telah mengharamkan pengebumia dalam tembok kota atas alas kebersihan. Ini menyebabkan masyarakat Yahudi Prague menggunakan perkuburan di Žižkov, yang dibuka pada abad ke-17 semasa wabak plague.

Selama lebih daripada tiga abad digunakan secara aktif, perkuburan ini mengalami kesukaran akibat kekurangan ruang. Atas dasar agama dan menghormati nenek moyang mereka yang telah mati, mereka tidak dibenarkan untuk memusnahkan kubur-kubur lama. Hanya beberapa kali masyarakat Yahudi dibenarkan untuk membeli tanah untuk meluaskan tanah perkuburan mereka dan adakala mereka terpaksa menimbus perkuburan lama dengan lapisan tanah baharu. Ini menyebabkan terdapat sesetengah tempat mempunyai dua belas lapisan tanah.

Panorama Perkuburan Yahudi Lama di New Town, Prague

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • PAŘÍK, Arno a Vlastimila HAMÁČKOVÁ, Pražské židovské hřbitovy = Prague Jewish Cemeteries = Prager jüdische Friedhöfe, Praha: Židovské muzeum v Praze, 2008.

Koordinat: 50°05′23″N 14°25′02″E / 50.08972°N 14.41722°E / 50.08972; 14.41722