Perlombongan Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perlombongan di Iran merupakan antara kegiatan ekonomi terpenting di Iran. Ini kerana Iran adalah pengeluar petroleum utama dunia. Disebalik simpanan minyaknya yang banyak, perlombongan di Iran diklasifikasikan sebagai kurang membangun. Hasil mineral dianggarkan 0.6 peratus daripada pengeluaran negara kasar (PNK) Iran. Jika dicampur dengan industri-industri terkait, ia hanya empat peratus daripada PNK. Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan Iran tidak maju dalam perlombongan ialah kekurangan infrastruktur yang moden, kesukaran dalam cari gali, dan juga kawalan kerajaan.

Walaupun petroleum dan gas asli merupakan sumber utama ekonomi Iran, hanya 25 peratus tenaga buruh bekerja di sektor ini. Selebihnya bekerja di lombong arang batu, bijih besi, tembaga, plumbum, zink, kromium, garam, molibdenum, silika, uranium dan emas. Lombong tembaga di Sar Cheshmeh di Wilayah Kerman mempunyai simpanan tembaga kedua terbesar di dunia. Bijih besi banyak ditemukan di Iran Tengah, berhampiran Bafiq, Yazd dan Kerman.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]