Persatuan Asrama Belia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Asrama Belia Malaysia ataupun Malaysian Youth Hostel Association (MYHA) adalah sebuah persatuan belia peringkat kebangsaan yang kini berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan bergabung di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM). Sebelum tahun 2010, MYHA berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) sejak mula didaftarkan pada 1957.

MYHA merupakan sebuah persatuan belia yang aktivitinya menjurus kepada pelancongan dalam dan luar negara. Pelbagai aktiviti menarik diadakan oleh MYHA untuk belia-belia di Malaysia. MYHA juga mempunyai cawangan negeri-negeri seperti badan gabungan MBM yang lain.

Konsep yang diterapkan oleh MYHA ialah segala aktiviti mestilah datangnya dari belia kepada belia. Hal ini kerana hanya belia yang tahu apa yang belia lain mahukan. MYHA juga menjadi tumpuan artis-artis dalam negara kerana kepelbagaian aktivitinya yang menarik.

Pada 27-29 Mei 2011, MYHA mencipta sejarah dengan menganjurkan Youth Tourism Fair 2011 sempena Hari Belia Negara 2011 dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan dan juga Kementerian Pelancongan Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik diadakan, di antaranya jualan pelbagai produk pelancongan, persembahan 36 jam xak lempong tanpa henti - Malaysia Book of Records, persembahan artis, 1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean, dan banyak lagi.

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)
No 18-2, Jalan Damai Perdana 1/8A,
Bandar Damai Perdana, 56000 Cheras,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]