Pergi ke kandungan

Persatuan Pemain Tenis Profesional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Pemain Tenis Profesional (bahasa Inggeris: Association of Tennis Professionals) atau ATP merupakan badan melindungi kepentingan pemain tenis lelaki antarabangsa. Ia ditubuhkan pada 1972 dan menganjurkan kejohanan tenis lelaki antarabangsa, ATP Tour sejak 1990.

ATP Tour meliputi kejohanan-kejohanan tenis profesional seperti ATP Masters Series, ATP International Series Gold, ATP International Series serta ATP Challenger Series. Pemain serta psukan beregu yang mempunyai mata ranking paling banyak pada akhir tahun bermain dalam Piala Masters Tenis, yang dianjurkan bersama dengan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF). Futures Tournament dianjurkan oleh ITF untuk membantu pemain membaiki ranking mereka. Manakala keempat-empat kejohanan Grand Slam dianjurkan oleh ITF.

KategoriBilanganWang tunai (USD)Mata ranking pemenangBadan penganjur
Grand Slam46,784,000 hingga 9,943,0001,000ITF
ATP World Tour Finals14,450,000750ATP & ITF
ATP World Tour Masters 100092,450,000 hingga 3,450,000500ATP
ATP World Tour 500 Series9755,000 hingga 1,426,250300 to 250ATP
ATP World Tour 250 Series43416,000 hingga 1,000,000250 to 175ATP
ATP Challenger Series11525,000 hingga 150,00050 to 100ATP
Futures42010,000 and 15,00012 to 24ITF

Pada 2009, ATP Tour akan distrukturkan semula. Kejohanan-kejohanan akan dikelaskan sebagai 100 series, 500 series dan 250 series. 1000 series merangkumi pertandingan di Indian Wells, Miami, Rome, Madrid, Kanada, Cincinnati, Shanghai dan Paris, serta Akhir Masters Tenis di London. 500 series pula meliputi pertandingan di Rotterdam, Dubai, Acapulco, Memphis, Barcelona, Washington, Beijing, Tokyo, Basel dan Valencia.

Etienne de Villiers ialah Pengerusi Eksekutif dan Presiden ATP, manakala Mark Young ialah Ketua Eksekutif Americas, Andy Anson Ketua Eksekutif Eropah, dan Brad Drewett Ketua Eksekutif Antarabangsa.

Lembaga ATP dianggotai oleh Presiden dan wakil kejohanan, iaitu Željko Franulović, Charlie Pasarell dan Graham Pearce, serta tiga orang wakil pemain.

Majlis Pemain ATP yang dianggotai oleh 10 orang pemain dan menasihati Lembaga ATP.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]