Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Informasi
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM)
Malaysian Educational Technology Association (META)
PTPM Logo
Logo Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia
Butiran Persatuan
No. PendaftaranPPM-004-14-26091988
Tarikh Penubuhan26 September 1988
Bilangan Ahli300
Alamat BerdaftarBahagian Sumber & Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara, KL.
PengerusiMEJ PROF. MADYA TS. DR. MOHAMAD HISYAM BIN MOHD HASHIM
Timbalan PengerusiPUAN FADZLIATON BINTI ZAINUDIN
Naib PengerusiPROF. DR. WAN AHMAD JAAFAR BIN WAN YAHAYA
SetiausahaDR. MOHD HAFIZ MD. HANIF
BendahariPROF. MADYA TS. DR. MAHIZER BIN HAMZAH
PenerbitanJurnal Teknologi Pendidikan Malaysia (MJET) ISSN:1675-0292, eISSN:2636-9605
Pautanhttp://www.mjet-meta.com/
http://ptpm-meta.com/

Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM) adalah satu pertubuhan profesional yang bebas. Ia bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan kesemua ahli di bawah naungannya dalam satu wadah penyebaran ilmu dan maklumat pendidikan. Matlamat PTPM ialah mewujudkan satu forum di mana semua ahli pendidik dan mereka yang berminat dalam bidang Teknologi Pendidikan boleh bersama-sama berbincang, bekerjasama, bertukar-tukar pendapat dan maklumat serta mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu-isu semasa dalam usaha mempertingkatkan penggunaan dan aplikasi berbagai aspek Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat dalam semua peringkat sistem pendidikan di negara ini[1].

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 18 hingga 20 Jun 1987 telah diadakan satu konvensyen Teknologi Pendidikan anjuran Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Institut Pengurusan Pendidikan Negara (kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki)[2]. Dalam konvensyen itu, idea telah dikemukakan melalui pembentangan satu kertas kerja oleh Pengarah, Bahagian Pusat Sebaran Pendidikan pada ketika itu iaitu Puan Seri Datin Hafsah Bt. Hj. Nasir. Usul beliau telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua peserta konvensyen. Di konvensyen itu salah satu rumusannya ialah supaya ditubuhkan Persatuan Kebangsaan Teknologi Pendidikan[3]. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa protem atau penaja telah dilantik. Fungsi utama jawatankuasa protem ialah membuat persediaan awal dan meninjau kemungkinan penubuhan PTPM.

Jawatankuasa protem ini telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Puan Sri Dr. Rohana Zubir. Jawatankuasa ini telah merintis jalan dan mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan pelbagai pihak dengan matlamat utama usahanya ialah merealisasikan penubuhan PTPM.

Akhirnya, pada 26 September 1988 lahirlah Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Pengerusi jawatankuasa protem dan beberapa orang ahli jawatankuasa telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap PTPM yang baru ditubuhkan itu. Menurut Perlembagaan PTPM (1988), PTPM wujud sebagai satu pertubuhan professional yang mempunyai perlembagaannya sendiri dan kini alamat berdaftarnya ialah di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Objektif Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sebagai satu persatuan yang bebas dan diikhtiraf, PTPM mempunyai perlembagaan sendiri. Tujuan penubuhannya jelas tertera di halaman hadapan Buku Perlembagaan PTPM (1988)[4] iaitu:

  1. Menggalakkan perkembangan Teknologi Pendidikan untuk meningkatkan mutu pengajaran- pembelajaran, latihan dan pengurusan pendidikan yang sehubungan dengannya.
  2. Menggalakkan kajian dan penyelidikan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan.
  3. Menggalakkan penciptaan dan penerbitan alat-bahan yang berbagai bentuk dan corak untuk kegunaan pendidikan.
  4. Menyediakan kemudahan penyebaran maklumat mengenai perkembangan Teknologi Pendidikan melalui penerbitan dan pengedaran bahan bercetak dan bahan bukan bercetak.
  5. Menganjurkan perjumpaan, seminar, konvensyen, simposium, bengkel dan persidangan untuk tujuan bertukar pendapat dan pandangan antara ahli-ahli dan pakar-pakar Teknologi Pendidikan.
  6. Menyertai persidangan serta memberikan kerjasama kepada pertubuhan / organisasi yang ada kaitan dengan Teknologi Pendidikan di dalam dan di luar negara.
  7. Mengelola lawatan ke agensi yang ada kaitan dengan Teknologi Pendidikan serta mengadakan pameran/tunjukcara yang sehubungan dengannya.
  8. Memberikan khidmat nasihat dan perundingan kepada pihak-pihak yang berkenaan berhubung dengan Teknologi Pendidikan.


Keahlian Persatuan[sunting | sunting sumber]

Perlembangaan PTPM ( 1988 ) menyenaraikan lima kategori keahlian di dalam PTPM iaitu :

  • Ahli Biasa - Seorang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Teknologi Pendidikan seperti guru, pensyarah, pustakawan, pentadbir dan pengurus Pendidikan, pegawai latihan, juruteknik media dan seseiapa yang berminat dalam Teknologi Pendidikan.
  • Ahli Institusi - Terdiri daripada sebarang organisasi/institusi seperti sekolah, maktab, politeknik,institusi pengajian tinggi, badan berkanun dan agensi kerajaan yang lain.
  • Ahli Bersekutu - Terdiri daripada persatuan, kelab dan pertubuhan yang sah di sisi undang-undang, agensi swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam Teknologi Pendidikan.
  • Ahli Kehormat - Dilantik oleh PTPM dan terdiri daripada individu kenamaan atau pakar yang telah memberi khidmat cemerlang dalam bidang Teknologi Pendidikan serta memajukan dan menaikkan imej dan prestasi PTPM.
  • Ahli Seumur Hidup - Terbuka keapda ahli biasa yang telah membayar yuran ahli seumur hidup.


Persidangan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

PTPM telah mula menganjurkan persidangan antarabangsa tahunan, bermula tahun 2007. Persidangan ini dinamakan sebagai "International Malaysian Educational Technology Convention (IMETC) dan membawa pelbagai tema-tema yang menarik dibawah bidang Teknologi Pendidikan[5]. Berikut adalah butiran mengenai persidangan-persidangan IMETC yang telah berlalu.

Bil. Nama Persidangan Tema Persidangan Tarikh Tempat Pautan
1. 1st International Malaysian Educational Technology Convention SMART TEACHING & LEARNING: Re-Engineering ID, Utilisation and Innovation of Technology 2-5 Nov 2007 Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia -
2. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention SMART EDUCATION: Converging Technology, Pedagogy and Content 4-7 Nov 2008 MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia -
3. 3rd International Malaysian Educational Technology Convention BLENDED EDUCATION: Towards a Personalised Learning Environment 24-26 Okt 2009 Hydro Majestic Hotel, Batu Ferringhi, Penang, Malaysia -
4. 4th International Malaysian Educational Technology Convention ELECTRONIC EDUCATION: Towards an Immersive Learning Environment 24-26 Okt 2010 Putra Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia https://conferencealerts.com/show-event?id=ca1608ax
5. 5th International Malaysian Educational Technology Convention OPEN EDUCATION: Towards a Ubiquitous Learning Environment 16-19 Okt 2011 Vistana Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia -
6. 6th International Malaysian Educational Technology Convention Access to Education for All – Making it Happen via Technology 29-31 Okt 2012 Concorde Inn, Kuala Lumpur International Airport, Selangor, Malaysia https://conferencealerts.com/show-event?id=104441
7. 7th International Malaysian Educational Technology Convention Technology Enhanced Global Classroom Environment 16 – 18 Sept 2013 Hotel Golden Flower, Bandung, Indonesia -
8. 8th International Malaysian Educational Technology Convention Empowering the Future Generations with Technology Enhanced Pedagogies (TEP) 3 – 5 Nov 2014 Concorde Inn, Kuala Lumpur International Airport, Selangor, Malaysia http://imetc2014.yolasite.com/
9. 9th International Malaysian Educational Technology Convention 21st Century Teaching and Learning Design 3 – 5 Nov 2015 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia http://imetc2015.yolasite.com/
10. 10th International Malaysian Educational Technology Convention Creative Pedagogies For Future Learning 28 – 30 Nov 2016 Alor Setar, Kedah, Malaysia -
11. 11th  International Malaysian Educational Technology Convention Open Educational Resources For Future Learning 1 – 3 Okt 2017 Marang, Terengganu, Malaysia -
12. 12th International Malaysian Educational Technology Convention Connectivism in Education: Between Plugged and Unplugged 24 - 26 Sept 2018 BTPN Pahang, Malaysia https://imetc.usim.edu.my/
13. 13th International Malaysian Educational Technology Convention Inclusivity in the 21st Century's Technological Teaching and Learning Environment 25 - 28 Aug 2019 USM, Pulau Pinang, Malaysia http://imetc.usm.my/
14. 14th International Malaysia Educational Technology Convention Differentiated Instruction Through Technology For Future Education 21 - 23 Sep 2020 SSTP Negeri Sembilan, Malaysia https://www.imetc2020.ptpm-meta.com/
15. 15th International Malaysian Educational Technology Convention Digitalising Education Ecosystem For Digital Inclusivity 9 - 10 Okt 2021 Dalam Talian (dengan kerjasama SSTP Perak, Malaysia) https://imetc2021.ptpm-meta.com/
16. 16th International Malaysian Educational Technology Convention Digitalizing Inclusivity in Education for the Next Normal 12 - 13 Okt 2022 Hibrid (dengan kerjasama SSTP Sarawak, Malaysia) https://imetc2022.ptpm-meta.com/
17. 17th International Malaysian Educational Technology Convention Empowering Minds, Transforming Education: Unleashing the Potential of Educational Technology 5 - 6 Feb 2024 Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur https://imetc2023.ptpm-meta.com/home

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia juga mengeluarkan jurnal akademik yang bertemakan Teknologi Pendidikan. Persatuan ini telah menerbitkan Prosiding Konvensyen META setiap tahun dan pada tahun 2001, ia menerbitkan jurnalnya - Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia - yang telah mendapat respon yang positif dari penyumbang tempatan dan antarabangsa. Persatuan ini juga telah menerbitkan buku-buku yang dianggap berguna sebagai rujukan bagi pendidik di Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Educational Technology - MJET), Jilid 1, Bilangan 1, Jun 2001 telah dilancarkan oleh Sek. Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia pada Konvensyen Teknologi Pendidikan Kebangsaan ke-14 yang diadakan di Klang, Selangor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amalan terbaik pembelajaran Terengganu dibentang dalam IMETC 2017. Sumber - https://datoalexong.com/amalan-terbaik-pembelajaran-terengganu-dibentang-dalam-imetc-2017/
  2. ^ Kertas-kertas Kerja Konvensyen Teknologi Pendidikan Yang Berlangsung Pada 18-20 Jun 1987 Di Genting Highlands. Sumber:https://books.google.com.my/books/about/Kertas_kertas_Kerja_Konvensyen_Teknologi.html?id=A2YsnQAACAAJ&redir_esc=y
  3. ^ Laporan konvensyen teknologi pendidikan 18-20 Jun 1987, Kuala Lumpur. Sumber - http://103.5.180.193/kip/Record/upm.411629/Details
  4. ^ MJET-META: About Us. Sumber - http://www.mjet-meta.com/about-us.php
  5. ^ Senarai IMETC yang lalu. Sumber - http://imetc.usim.edu.my/imetc-past/