Pertanian jitu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej warna palsu menunjukkan aplikasi penderiaan jauh dalam pertanian persis. Ihsan NASA Earth Observatory[1]

Pertanian jitu, juga pertanian tepat atau pertanian persis (bahasa Inggeris: precision agriculture), merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pembajaan, pengairan, makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi. Dengan kata lain istilah pertanian tepat adalah melakukan dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul.

Pertanian tepat termasuk kaedah pengurusan pertanian atau penternakan baru yang disepadukan dengan teknologi maklumat merangkumi beberapa faktor asas termasuk sistem maklumat geografi/tanah, pembajaan/makanan haiwan, imunisasi/racun perosak, sistem hasil dan sebagainya demi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, sekali gus memberikan pulangan yang lumayan[2].

Pertanian tepat memerlukan teknologi baru seperti GPS, alat pengesan, satelit dan sistem teknologi maklumat yang dapat membantu petani memahami dan menilai keadaan seperti:

  • masa yang baik untuk menanam benih
  • jumlah baja yang betul
  • meramal jumlah tuaian hasil tanaman secara tepat.

Penggunaan pertanian tepat di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, penggunaan teknologi untuk pertanian tepat masih baru. Walaupun masih baru, usaha untuk ke arah pertanian tepat sedang dimajukan melalui agensi kerajaan seperti Mimos Berhad melalui sensor tanpa wayar MEMS[3]. Sensor ini boleh membantu petani mengukur kadar kelembapan, kehangatan, tahap keasidan atau kealkalian dan takat suhu tanah. Ia juga boleh juga memberitahu tahap kesuburan tanah termasuklah mengukur kadar nitrat, fosfat dan kalium di dalam tanah itu.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Precision Farming : Image of the Day". earthobservatory.nasa.gov. http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=1139. Capaian 2009-10-12. 
  2. Husain Jahit, Pertanian bioteknologi mampu beri hasil lumayan, Berita Harian, 25 Mei 2005
  3. Husain Jahit, Sensor bantu petani, Harian Metro, 14 Mei 2008 dicapai pada 14 Mei 2008.