Pertumbuhan penduduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertumbuhan penduduk zaman dahulu dan unjuran zaman akan datang mengikut benua. Paksi menegaknya bersifat logaritma berskala menghitung juta orang.

Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Walaupun boleh digunakan untuk mana-mana spesis, namun istilah pertumbuhan penduduk sentiasa melibatkan kaum manusia. Istilah ini juga selalu digunakan untuk memaksudkan istilah demografi khusus berbunyi kadar pertumbuhan penduduk (lihat di bawah), yang merujuk kepada kadar pertumbuhan penduduk dunia.

Antara model-model pertumbuhan penduduk ringkas termasuk Model Pertumbuhan Malthusian dan model logistik.

Penambahan penduduk[sunting | sunting sumber]

Penambahan penduduk didefinisikan sebagai kuantiti penduduk yang meningkat dalam sesuatu kawasan.

Penambahan penduduk sememangnya mempunyai pelbagai punca seperti migrasi, iaitu imigrasi dan emigrasi serta sama ada dalam negeri atau luar negeri. Penduduk yang berpindah dari luar bandar ke bandar, luar bandar ke luar bandar, bandar ke bandar dan bandar ke luar bandar merupakan pola migrasi yang mempengaruhi penambahan penduduk.

Kadar pertumbuhan penduduk[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang demografi dan ekologi, kadar pertumbuhan penduduk ialah kadar pecahan pertumbuhan bilangan penduduk sesebuah kawasan. Secara terperincinya, kadar pertumbuhan penduduk biasanya bermaksud perubahan bilangan penduduk sepanjang suatu tempoh, yang dinyatakan secara peratusan bilangan penduduk in the population pada awal tempoh tersebut, iaitu seperti rumus berikut:

(Terhad kepada tempoh yang cukup singkat.)

Rumus di atas boleh dikembangkan menjadi: kadar pertumbuhan = kadar kelahiran kasar - kadar kematian kasar + kadar imigrasi bersih, or ∆P/P = (B/P) - (D/P) + (I/P) - (E/P), yang mana P ialah jumlah penduduk, B ialah jumlah kelahiran (births), D ialah jumlah kematian (deaths), I ialah jumlah pendatang masuk (immigrant), dan E ialah jumlah penghijrah keluar (emigrant).

Rumus ini membolehkan pengenalpastian punca pertumbuhan penduduk, baik pertambahan semula jadi mahupun pertambahan kadar imigrasi bersih. Pertambahan semula jadi ialah pertambahan penduduk asli yang berpunca dari kenaikan kadar pertumbuhan, penurunan kadar kematian atau kedua-duanya sekali. Kadar imigrasi bersih pula ialah perbezaan antara bilangan imigran (pendatang masuk) dan bilangan emigran (penghijrah keluar).

Cara yang paling laris digunakan untuk menyatakan pertumbuhan penduduk adalah secara nisbah, bukan kadar. Perubahan kependudukan sepanjang satu tempoh dinyatakan sebagai peratusan penduduk pada awal tempoh tersebut, iaitu:

Nisbah (atau kadar) pertumbuhan positif menandakan bilangan penduduk bertambah, dan yang negatif pula menunjukkan bilangannya berkurangan. Nisbah pertumbuhan sifar pula menunjukkan bahawa bilangan penduduk adalah sama pada dua masa yang berlainan, iaitu perbezaan bersih antara kelahiran, kematian, penghijrahan masuk dan keluar adalah kosong. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan mungkin setakat kosong biarpun adanya perubahan ketara dalam kadar kelahiran, kadar kematian, kadar penghijrahan dan taburan usia antara dua masa.[1] Begitu juga, peratusan kadar kematian bersamaan dengan bilangan kematian purara setahun untuk setiap 100 orang dalam jumlah penduduk.

Sukatan kadar pembiakan bersih juga berkaitan dengan hal ini. Andai tiadanya penghijrahan, kadar pembiakan bersih melebihi satu menandakan jumlah penduduk wanita makin bertambah, sementara kadar pembiakan bersih yang kurang dari satu (kesuburan kurang paras penggantian) pula menandakan jumlah penduduk wanita kian menurun.

Kadar pertumbuhan penduduk manusia[sunting | sunting sumber]

Kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam peratusan, dipetik dari CIA World Factbook (anggaran 2006).[2]

Kadar pertumbuhan penduduk manusia seluruh dunia terus menurun sejak memuncak pada tahun 1962 dan 1963 pada kadar 2.20% setahun. Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan adalah 1.19% setahun. Seratus tahun yang lalu telah memperlihatkan pertumbuhan penduduk yang pesat disebabkan kemajuan perubatan dan pertambahan daya pengeluaran pertanian secara mendadak[3] hasil Revolusi Hijau.[4][5][6]

Pertumbuhan bilangan manusia tahunan sebenar jatuh dari kemuncak 87.8 juta pada tahun 1989, ke paras 74.6 juta pada tahun 2003, selepas itu naik ke paras 77.0 juta pada tahun 2009. Pertumbuhan penduduk masih tinggi terutamanya di Timur Tengah dan Afrika Sub-Sahara, begitu juga di Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin.[7]

Sesetengah negara mengalami pemerosotan jumlah penduduk, terutamanya di Eropah Timur (disebabkan kadar kesuburan rendah dan penghijrahan). Di Selatan Afrika, pertumbuhan penduduk terbantut kerana banyaknya kematian akibat HIV. Sesetengah negara Eropah Barar turut mengalami penurunan jumlah penduduk.[8] Bilangan penduduk Jepun juga mula menurun pada tahun 2005.[9]

Pertumbuhan berlebihan dan penurunan[sunting | sunting sumber]

Bilangan penduduk yang melebihi keupayaan tampung sesebuah kawasan atau persekitaran menimbulkan masalah penduduk berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan penduduk atau penurunan muatan kawasan tersebut. Pertambahan penduduk manusia secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pencemaran dan kesesakan lalu lintas, yang boleh diburukkan lagi ataupun dipulihkan oleh perubahan teknologi dan ekonomi. Begitu juga, sesebuah kawasan mengalami kekurangan penduduk jika bilangan penduduknya tidak cukup untuk menampung sistem ekonominya (rujuk penurunan populasi).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Anggaran pertumbuhan penduduk dari tahun 10000 SM–2000 M.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Association of Public Health Epidemiologists in Ontario". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-22. Dicapai pada 2009-10-05.
  2. ^ Population growth rate
  3. ^ BBC NEWS | The end of India's green revolution?
  4. ^ Food First/Institute for Food and Development Policy
  5. ^ Rising food prices curb aid to global poor
  6. ^ Record rise in wheat price prompts UN official to warn that surge in food prices may trigger social unrest in developing countries
  7. ^ U.S. Census Bureau, Jun 2009, [1]
  8. ^ "UN population projections". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-15. Dicapai pada 2009-10-05.
  9. ^ Japan sees biggest population fall

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Population