Perum (alat perubatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang perubatan, perum ialah sejenis alat untuk menduga dan mengembangkan saluran di dalam badan, dan contoh yang lebih dikenali ialah pemeruman uretra dan pemeruman rahim.

Pemeruman uretra[sunting | sunting sumber]

Perum uretra dicipta untuk dimasukkan ke dalam uretra lelaki atau wanita, bagi tujuan pengembangkan atau menyahsekatkan sebarang penyempitan. Ada beberapa jenis perum uretra yang berbeza:

  • Perum Bakes, juga dipanggil perum kudup atau peluru, yang mempunyai batang besi panjang dan nipis dengan kudup bulat di hujung.
  • Perum Dittel mempunyai hujung yang leper dan hujung yang bulat.
  • Perum Hank mempunyai lekuk di kedua-dua hujungnya, serta gegaris besi di hujung.
  • Perum Pratt ialah pengembang uretra yang lebih panjang (jenis dwihujung biasanya 30 cm panjang) dengan hujung yang bulat dan sedikit bengkok.
  • Perum Van Buren mempunyai hujung melengkuk yang sangat menonjol.

Perum rahim[sunting | sunting sumber]

Perum rahim sekali guna
Pengembang rahim jenis Hegar, daripada 4 mm diameter (kanan) ke 17 mm (kiri).

Perum-perum ini bertujuan untuk menduga rahim wanita melalui serviks, untuk menguku pangjang dan arah saluran serviks dan rahim. Pengembang biasanya digunakan untuk membuka dan mengembangkan serviks untuk membuka laluan ke ruang rahim, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai perum.

Pemeruman rahim boleh dilakukan sebelum pengalihan janin untuk menentukan kedalaman rahim dan betapa mudahnya keterer pengalih janin dapat dilalukan melalui serviks. Begini, ia juga boleh digelar peralihan percubaan.[1] Ia dilakukan sebelum pemasukan alat dalam rahim (IUD) untuk mengukur panjang dan arah saluran serviks dan rahim. Ini akan mengurangkan risiko penembusan rahim dengan IUD. Ini boleh berlaku jika IUD dimasukkan terlalu dalam atau pada sudut darjah yang salah.[2]

Ada beberapa jenis perum rahim contohnya:

  • Pengembang Hegar yang mempunyai dua hujung bulat, pendek, dan melengkung sedikit di tengah.
  • Perum Sims mempunyai hujung-hujung yang leper dan bulat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Alat duga dubur

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ resolve.org > The Medical Aspects Of Egg Donation Diarkibkan 2008-12-08 di Wayback Machine by Owen K. Davis, MD. Dicapai 8 Jun 2020.
  2. ^ About.com > What To Expect During an IUD Insertion (ParaGard IUD or Mirena IUD) oleh Dawn Stacey M.Ed. Dikemaskini Disember 22, 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]