Festival

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pesta)
Festival Malaysia–Jepun di Kuala Lumpur, Malaysia

Festival (Jawi: فيستيۏال) atau pesta (Jawi: ڤيستا) adalah acara yang diadakan dalam kalangan sesebuah masyarakat untuk meraikan dan memperingati sesuatu ciri yang dikongsikan bersama masyarakat tersebut baik dari segi agama mahupun budaya.

Etimologi dan peristilahan[sunting | sunting sumber]

Festival dan pesta sepunca dari akar Latin: festum bermaksud "jamuan"; perkataan pesta hasil turunan bentuk jamak kata itu dalam bahasa Portugis[1] manakala festival muncul dari terbitan kata tersebut sebagai festus "seakan jamuan" dan kemudiannya fēstīvus atau festivalis "meriah seakan jamuan" kepada bahasa Perancis seterusnya kepada bahasa Inggeris.[2] Kedua-dua perkataan ini walaupun berkongsi akar sama mempunyai maksud sedikit berpincang: pesta dikaitkan dengan kegiatan jamuan makan minum dalam acara sahaja[3] berbanding festival yang lebih umum merangkumi keseluruhan acara besar diadakan.[4]

Jenis-jenis festival[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). festa. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 155.
  2. ^ Harper, Douglas (2021). "festival (n.)". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 15 September 2021.
  3. ^ Lihat:
    • "pesta". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa...
    • "pesta". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. perjamuan makan minum (bersuka ria dan sebagainya)...
  4. ^ Lihat:
    • "festival". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "festival". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.