Petaling (pokok)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Petaling (pokok)
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Petaling ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Olacaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan tumbuh di hutan-hutan tanah pamah, serta bukit-bukit yang rendah. Nama botaninya Ochanostachys amentacea (Mast). [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kayu Pokok Petaling keras, tahan lama, dan dianggap tahan daripada serangan anai-anai.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Petaling tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tingginya, dengan ukuran lilit batang pokok sebanyak 2 meter (6 kaki 6 inci). Pokok ini yang mempunyai akar banir tumbuh dengan amat perlahan dan mencapai ukuran lilit sebanyak 1.8 meter (6 kaki) hanya selepas kira-kira 150 tahun. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Berwarna perang pucat, dengan warna ungu sedikit.
  • Daun: Nipis, berbentuk bujur, dan tumbuh pada tangkai-tangkai yang halus.
  • Bunga: Amat kecil, dan berwarna hijau.
  • Buah: Berbentuk bujur dan berwarna hijau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.