Peti besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Peti besi rumah yang biasa.

Peti besi adalah sebuah peti selamat yang boleh dikunci untuk menyimpan barang-barang berharga daripada pencurian atau/dan kerosakan. Peti ini biasanya berbentuk kuboid atau silinder dengan satu bahagiannya boleh ditanggalkan atau berengsel untuk membentuk sebuah pintu. Badan dan pintunya boleh diperbuat daripada logam (seperti keluli) atau plastik melalui acuan tiupan. Satu perbezaan ketara peti besi bergantung kepada jenisnya sama ada dicantum pada dinding atau struktur, atau ia boleh dialihkan. Versi kurang selamat biasanya dipanggil sebagai peti wang tunai.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Locks, Safes, and Security: An International Police Reference, published by Charles Thomas Publishers, Springfield, Illinois, Amerika Syarikat. (2000) ISBN 0-398-07079-2.