Pewarna makanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aneka pewarna makanan yang ditambah pada air.

Pewarna makanan ialah sebarang bahan yang menambahkan suatu warna pada makanan atau minuman. Di samping itu, pewarna makanan juga digunakan dalam bidang lain seperti kosmetik, farmaseutikal dan alatan perubatan.[1] Pewarna ini muncul dalam pelbagai jenis, termasuk cecair, serbuk, gel dan pes. Pewarna makanan digunakan dalam kedua-dua bidang industri serta masakan lazim.

Kadangkala, pewarna makanan ditambah bukan untuk mencantikkan makanan sahaja, tetapi untuk merangsang rasa dalam kalangan pemakan kerana manusia boleh mengaitkan warna dengan suatu rasa.[2] Selain itu, pewarna makanan juga ditambah untuk menjadikan makanan dilihat lebih alami. Sebab-sebab lain penggunaan pewarna termasuk mengelakkan kelunturan warna serta menjadikan makanan lebih mudah dikenal pasti.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ CFR Title 21 Part 70: Color Additive Regulations, FDA, March 22, 1977, dicapai pada 15 Februari 2012
  2. ^ Jeannine Delwiche (2003). "The impact of perceptual interactions on perceived flavor" (PDF). Food Quality and Preference. 14 (2): 137–146. CiteSeerX 10.1.1.103.7087. doi:10.1016/S0950-3293(03)00041-7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-02-28.
  3. ^ "Food Ingredients & Colors". Majlis Maklumat Makanan Antarabangsa. 29 Jun 2010. Dicapai pada 15 Februari 2012.
  4. ^ Barrows, Julie N.; Lipman, Arthur L.; Bailey, Catherine J. (17 Disember 2009). "Color Additives: FDA's Regulatory Process and Historical Perspectives". FDA (Reprinted from Food Safety Magazine October/November 2003 issue). Dicapai pada 2 Mac 2012. Although certifiable color additives have been called coal-tar colors because of their traditional origins, today they are synthesized mainly from raw materials obtained from petroleum.