Piala Dunia Wakeboard dan Water Ski 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Piala Dunia Wakeboard dan Water Ski 2008 telah diadakan di Kompleks Sukan Air di Tasik Putrajaya, Precint 6, Putrajaya, Malaysia. Ia diadakan dari 7-9 November 2008 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma. Sukan luncur air ini bertaraf dunia dan dikategori sebagai sukan ekstrem.[1]

Peserta dari seluruh dunia[sunting | sunting sumber]

Seramai 55 peluncur ski bertaraf dunia dan 18 negara termasuk Australia, Argentina, Sepanyol, Itali dan Perancis telah hadir.Antara nama besar ialah Lucine Clementine dari Perancis yang menjuarai Kejohanan McCormicks Fall Classic di Florida, dengan kiraan mata 8,840 mengatasi rekod dunia 8,630 mata.[2] [3] Lain-lain ialah Jeff Waterall dan Dar Walkins.

Acara terbahagi kepada tiga iaitu Slalom, Tricks dan Jumping.[4] Penganjurnya ialah Persekutuan Luncur Air Antarabangsa (IWSF) ,Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan. Ia pertama kali dianjurkan di Malaysia. Tan Sri Samsudin Osman selaku presiden Perbadanan Putrajaya berharap sukan air bertaraf dunia ini akan menarik 100,000 pelancong .

Putrajaya adalah lokasi kelima dan terakhir tahun 2008 selepas Dubna (Russia), Hacienda Bay Beach (Mesir), Singapura dan Chandigargh (India).Lokasi terakhir ialah di Doha (Qatar) . IWSF merancang mengadakan kejohanan sukan luncur air ini di 10 lokasi setiap tahun.Presiden IWSF Kuno Ritschard menyatakan Putrajaya terpilih kerana mempunyai kompleks air lengkap bertaraf dunia, pusat maritim dan hotel lima bintang yang dapat memenuhi piawaian IWSF.[5][6]

Peserta dari Malaysia[sunting | sunting sumber]

Haniffa Phillipa Clare Yoong (30) merupakan rakyat Malaysia dan warga Asia pertama yang berjaya melayakkan diri menyertai Piala Dunia Ski Air 2008 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.Beliau menyertai kategori Slalom wanita. [7]

  • Frederick August Krueger (33) atau "Freddy Krueger" juara kategori Lompat Lelaki dengan 60.8 meter.
  • Angeliki Andriopolou juara kategori Lompat Wanita

Keputusan akhir[sunting | sunting sumber]

Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 1.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 2.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 3.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 4.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 5.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 6.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 7.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 8.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 9.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 10.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia
Fail:Water ski Putrajaya 11.jpg
Water ski di Putrajaya, Malaysia

Kategori Slalom Wanita:[sunting | sunting sumber]

1. Lucine Clementine FRA 5.00/55/12.00(Kelayakan)
2. Sarah Green GBR 4.00/55/12.00(Kelayakan)
3. Lise Claire Welter FRA 3.50/55/12.00(Kelayakan)
4. Anais Amade FRA 3.00/55/12.00(Kelayakan)
5. Danyelle Bennet USA 3.00/55/12.00
6. Mandy Nightinggale USA 3.00/55/12.00
7. Angeliki Andriopoulu GRE 0.50/55/13.00
8. June Fladborg DEN 1.50/55/16.00
9. Philippa Yoong MAS 4.50/52/18.00

Kategori Slalom Lelaki:[sunting | sunting sumber]

1. Chris Parrish USA 1.00/58/10.75(Kelayakan)
2. Jodi Fisher GBR 5.50/58/11.25(Kelayakan)
3. Jean Baptise Faisy FRA 3.50/58/11.25(Kelayakan)
4. Thomas Degasperi ITA 1.00/58/11.25(Kelayakan)
5. Glenn Campbell GBR 5.00/58/12.00(Kelayakan)
6. Javier Julio ARG 5.00/58/12.00(Kelayakan)
7. Jason Seels GBR 4.00/58/12.00
8. Billy Susi USA 3.00/58/12.00
9. Kyle Eade NZL 2.00/58/12.00
10.Nick Parsons USA 0.00/58/12.00
11.Aaron Larkin NZL 2.50/58/13.00
12.Jonathan Travers USA 0.50/58/13.00
13.Boris Laval FRA 0.00/58/13.00

Kategori Tricks Wanita:[sunting | sunting sumber]

1. Lucine Clementine FRA 8120(Kelayakan)
2. Mandy Nightingale USA 7620(Kelayakan)
3. Marion Aynaud FRA 7520(Kelayakan)
4. Camila Maria Linares COL 6990(Kelayakan)
5. Alex Laurentano USA 6890
6. Angeliki Andriopulou GRE 6370
7. Brigitte Guy Lethem FRA 5940
8. Danyelle Bennet USA 5520

Kategori Tricks Lelaki:[sunting | sunting sumber]

1. Aliaksei Zharnasek BLR 10,720(Kelayakan)
2. Jimmy Siemers USA 10,710(Kelayakan)
3. Oliver Fortamps BEL 10,090(Kelayakan)
4. Herman Beliakou BLR 10,090(Kelayakan)
5. Oleg Deviatovski BLR 9990(Kelayakan)
6. Nicolas Le Forestier FRA 9620(Kelayakan)
7. Ryan Dodd CAN 9000
8. Javier Julio ARG 8870
9. Pierre Ballon FRA 8850
10.Richard Abelson CAN 8020
11.Jaret Llewellyn CAN 5810
12.Sergio Font MEX 3811

Kategori Lompat Wanita:[sunting | sunting sumber]

1. June Fladborg DEN 48.7 meter(Kelayakan)
2. Marie Vympranietsova GRE 47.5 meter(Kelayakan)
3. Angeliki Andriopolou GRE 47.4 meter(Kelayakan)
4. Nancy Chardin FRA 45.4 meter(Kelayakan)
5. Anais Amade FRA 43.3 meter
6. Lucine Clementine FRA 42.6 meter
7. Danyelle Bennett USA 37.1 meter
8. Jakalyn Hunter GBR 0 meter (gagal membuat sebarang lompatan)

Kategori Lompat Lelaki:[sunting | sunting sumber]

Keputusan ditangguhkan pada jam 8.00 malam kerana masalah teknikal.[8]

Acara sampingan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai acara sampingan telah diadakan . Antaranya ialah pameran bot kawalan jauh, kereta kawalan jauh, permainan tradisional, seni ukir masyarakat orang Asli Mahmeri, permainan batu seremban, gasing dan lain-lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]