Pilihan raya umum Kenya 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Kenya 2022

← 2017 9 Ogos 2022[a] 2027 →
Terdaftar22,120,458[2]
Pilihan raya presiden
Pengundi hadir64.77% (25.74pp)
 
Calon William Ruto Raila Odinga
Parti Pakatan Demokratik Bersatu Azimio[b]
Gabungan Kenya Kwanza Azimio La Umoja
Calon pasangan Rigathi Gachagua Martha Karua
Undian popular 7,176,141 6,942,930
Peratusan 50.49% 48.85%

     Odinga      Ruto
Keputusan rasmi per kaunti

Presiden sebelum pilihan raya

Uhuru Kenyatta
Jubilee Party

Terpilih

William Ruto
Pakatan Demokratik Bersatu

Piliha raya parlimen


Semua 67 kerusi dalam Senat
Semua 349 kerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan
34 dan 175 kerusi diperlukan untuk majoriti
Parti Pemimpin Kerusi terkini
Senat
Pakatan Demokratik Bersatu (Kenya) William Ruto
Gerakan Demokratik Oren Raila Odinga
Parti Jubli Uhuru Kenyatta
Gerakan Demokratik Wiper – Kenya Kalonzo Musyoka
Kongres Kebangsaan Amani Musalia Mudavadi
Forum Pemulihan Demokrasi – Kenya Moses Wetangula
Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya Gideon Moi
Bebas
Parti-parti lain
Perhimpunan Kebangsaan
Pakatan Demokratik Bersatu (Kenya) William Ruto 73
Orange Democratic Movement Raila Odinga baharu
Parti Jubli Uhuru Kenyatta 165
Gerakan Demokratik Wiper – Kenya Kalonzo Musyoka
Kongres Kebangsaan Amani Musalia Mudavadi
Forum Pemulihan Demokrasi – Kenya Moses Wetangula
Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya Gideon Moi
Bebas
Parti-parti lain

Sebuah pilihan raya umum telah diadakan di Kenya pada 9 Ogos 2022. Pengundi memilih Presiden, ahli Perhimpunan Kebangsaan dan Senat, gabenor kaunti Kenya dan ahli bagi 47 dewan perundangan kaunti Kenya.

Pilihan raya umum di Kenya diadakan setiap lima tahun. Ini merupakan pilihan raya umum ketiga dan pilihan raya presiden keempat sejak pengisytiharan perlembagaan 2010. Presiden penyandang Uhuru Kenyatta tidak layak bagi penggal ketiga, begitu juga gabenor daerah dua penggal seperti yang dinyatakan oleh undang-undang negara. Pilihan raya umum 2022 menyaksikan bilangan calon presiden yang paling rendah sejak sistem parti berbilang dilaksanakan pada 1992. Semua ahli parlimen yang dipilih akan duduk dalam Parlimen Kenya ke-13.

William Ruto telah dipilih sebagai Presiden Kenya, mengalahkan Raila Odinga.[5] Pada 22 Ogos, Odinga memfailkan untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.[6]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Kenya menyebut bahawa pilihan raya umum ahli parlimen diadakan pada hari Selasa kedua bulan Ogos pada setiap tahun kelima, yang bermaksud, bahawa pilihan raya umum dijadualkan pada 9 Ogos 2022. Jika Kenya sedang berperang, pilihan raya boleh ditangguhkan jika resolusi diluluskan di setiap dewan Parlimen oleh sekurang-kurangnya dua pertiga semua ahli dewan. Resolusi sedemikian boleh menangguhkan pilihan raya sehingga enam bulan, dan boleh diluluskan beberapa kali dengan syarat kelewatan itu tidak secara kumulatif melebihi 12 bulan.[7]

Selain itu, Perlembagaan juga menghendaki pilihan raya presiden diadakan pada masa yang sama dengan pilihan raya umum. Sekiranya berlaku kemungkinan sebelum pilihan raya umum akan datang bahawa jawatan presiden atau timbalan menjadi kosong (yang sebaliknya akan menyandang jawatan presiden), pilihan raya presiden boleh diadakan pada tarikh yang lebih awal. Mengikut Perlembagaan, dalam keadaan sedemikian, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas kekosongan itu timbul dalam jawatan Presiden.

Presiden semasa Uhuru Kenyatta tidak layak lagi menjawat jatawan Presiden oleh kerana had jawatan selama dua penggal berdasarkan Perlembagaan.[8] Selain itu, gabenor kaunti yang berkhidmat selama dua penggal juga tidak lagi boleh menjawat bagi penggal seterusnya.[9]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pilihan raya kaunti Kakamega dan Mombasa ditunda ke 23 Ogos 2022. Dua perwakilan dan dan lima wad juga melaksanakan pilihan raya mereka pada hari sama. Perwakilan Eldas melakukan pilihan raya pada 10 Ogos 2022[1]
  2. ^ Odinga digazetkan bertanding di bawah Parti Gabungan Satu Kenya Azimio la Umoja. Beliau masih menjadi ketua ODM.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wanjala, Emmanuel (9 Ogos 2022). "Kakamega, Mombasa to vote on August 23 - IEBC". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2022. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  2. ^ Chebukati W., Wafula. "Audit Report on the Register of Voters" (PDF). IEBC. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  3. ^ Mireri, Junior (27 January 2022). "Azimio to be registered next week, Raila says as he receives ANC defectors". The Standard. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2022. Dicapai pada 1 Ogos 2022.
  4. ^ "Raila To Register Azimio Party Next Week". Capital FM. 29 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2022. Dicapai pada 1 Ogos 2022.
  5. ^ "Kenya election result: William Ruto wins presidential poll". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2022. Dicapai pada 2022-08-15.
  6. ^ "Kenya opposition leader files court challenge to election result". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-22. Dicapai pada 2022-08-23.
  7. ^ "Constitution of Kenya – 101. Election of members of Parliament". KLRC. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2017. Dicapai pada 21 Mac 2022.
  8. ^ "Kenya's Uhuru Kenyatta pledges to respect term limit in 2022". The East African. 19 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2022. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  9. ^ Wanga, Justus (28 March 2021). "Why experts can't agree on governors county limits". Nation. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2022. Dicapai pada 29 Julai 2022.