Pintasan kekunci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Dalam bidang pengkomputan, pintasan kekunci difahamkan sebagai serangkaian turutan satu atau beberapa kekunci yang mengarahkan sesuatu aturcara perisian bertindak seperti yang diaturkan. Tindakan ini mungkin merupakan sebahagian dari fungsi standard sistem operasi atau program aplikasi, atau mungkin telah ditulis oleh pengguna menggunakan suatu bahasa penskripan.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Pintasan kekunci paling mudah hanya terdiri daripada satu kekunci yang boleh dicatatkan arahannya terus misalnya Press F1 for Help ("Tekan F1 untuk Bantuan"); kekunci ini kadangkalanya bertanda kurungan - contohnya: [F1] atau < F1 > - atau terpapar menggunakan format khas baik ditebalkan, dimiringkan atau dicondongkan, semua huruf besar, dan sebagainya.

Pintasan memerlukan dua atau lebih kekunci ditekan bersama lebih banyak, lalu turutan sebegini tercatat dengan tanda tambah atau tanda hubungan digandingkan antara dua kekunci asal. Contohnya: "Ctrl + C", "Ctrl-C", atau "Ctrl+C"; kekunci Ctrl ini kadang-kadang ditunjukkan oleh tanda karet (^). Oleh itu Ctrl-C kadang-kadang ditulis sebagai ^ C. Kadangkalanya jika pada platform Unix, rupa aksara kedua sangat diutamakan - jika aksara biasanya memerlukan menekan kekunci Shift untuk menaip, maka kekunci Shift adalah sebahagian daripada pintasan. Misalnya, '^ C' vs '^ c' atau '^%' vs. '^ 5'. ^% juga boleh ditulis "Ctrl+ Shift+5".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]