Kaduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Piper sarmentosum)

Kaduk
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Magnoliid
Order: Piperales
Keluarga: Piperaceae
Genus: Piper
Spesies:
P. sarmentosum
Nama binomial
Piper sarmentosum
Sinonim
Senarai

Kaduk, sirih duduk atau akar bugu;[1] atau nama saintifiknya Piper sarmentosum ialah tumbuhan dalam keluarga Piperaceae yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Daunnya sering dikelirukan dengan sirih,[2] tetapi ia tiada rasa kuat yang ada pada daun sirih dan tampaknya ia lebih kecil.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Piper sarmentosum. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/44223. [Didapat kembali 17 Julai 2023].
  2. ^ "Piper sarmentosum". Asia Food Glossary. Asia Source. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-27. Dicapai pada 2008-09-08.