Place du Palais-Bourbon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Place du Palais-Bourbon.

Place du Palais-Bourbon ialah sebuah dataran bersejarah di luar Palais Bourbon di arrondissement ke-7 Paris, Perancis. Tanah itu diperoleh oleh Louis Joseph, Putera Condé pada tahun 1769.[1] Prince de Condé mengupah arkitek Jean-François Leroy untuk mereka bentuk dataran.[1] Pembinaannya bermula pada tahun 1788, dan ia siap pada tahun 1804.[1] Sementara itu, Putera Condé telah melarikan diri kerana Revolusi Perancis.[1] Pada tahun 1855, sebuah patung bernama La Loi yang direka oleh Jean-Jacques Feuchère telah dipasang di tengah-tengah dataran.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "La place du Palais Bourbon". Assemblee nationale. Dicapai pada 2 Ogos 2016.

Koordinat: 48°51′38″N 2°19′06″E / 48.8606°N 2.3183°E / 48.8606; 2.3183