Pergi ke kandungan

Platun Pandu Udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Platun Pandu Udara ataupun Platun Pandura (Bahasa Inggeris : Pathfinder Platoon) adalah satu Pasukan Pandu Udara khusus di dalam Pasukan Infantri Payung Terjun (Para) Tentera Darat Malaysia.

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Platun Pandura ditubuhkan pada tahun 1995 untuk memenuhi keperluan mengadakan satu pasukan penyusup masuk ke kawasan operasi bagi mengadakan bantuan pandu arah dan kawalan bagai penerjunan pasukan induk.

Peranan Platun Pandura dalam Tentera Darat penting dalam memastikan kejayaaan misi. Platun Pandura ditugaskan 10 Briged Para untuk memberi panduan kepada penyusupan Askar Payung Terjun semasa melakukan sesuatu serangan menggunakan pasukan payung terjun.

Platun Pandura akan menyusup masuk ke kawasan sasaran dan mempastikan keselamatan kawasan. Seterusnya mereka menyediakan bantuan pandu arah untuk membolehkan pasukan induk mengesan dengan tepat kawasan pendaratan bagi membolehkan pasukan induk digugurkan sebagai satu pasukan padu dan dan tidak bertaburan menjadi kumulan-kumpulan kecil.

Pemilihan anggota

[sunting | sunting sumber]

Pemilihan anggota ke dalam Platun Pandura 10 Briged Para dibuat berdasarkan kelayakan dan kemahiran melakukan penerjunan statik dan penerjunan bebas. Anggota Pandura mestilah berupaya mendarat dengan tepat di kawasan yang disasarkan.

Anggota Platun Pandura perlu mempunyai kepakaran membuat tafsiran dan nilaian serta merta mengenai cuaca, arah angin, keadaan serta ketinggian awan, jarak penglihatan serta keselamatan kawasan pendaratan. Anggota Platun Pandura juga mesti mudah bergerak dengan pantas ke sesuatu kawasan sama ada melalui udara, darat atau laut.

Anggota Platun Pandura mesti memiliki sifat kekenyalan, boleh diaturgerak dalam masa yang singkat dan menghadapi pelbagai kontigensi mengendalikan operasi.

Platun Pandura akan mendarat sebelum sampaikan pasukan utama. Platun ini akan mengadakan keselamatan kawasan pendaratan (Landing Zone), menandakan kawasan pendaratan, akan menghidupkan isyarat panduan (landing beacon) dan seterusnya memberikan kawalan pengguguran anggota payung terjun.

Platun Pandura menyediakan bantuan pandu arah serta mengawal pergerakan, pengguguran, pendaratan dan penerbangan pesawat di kawasan operasi yang ditetapkan. Ia dilakukan dengan meninjau, memilih dan menanda zon pengguguran (Drop Zone), zon pendaratan (Landing Zone), kawasan pendaratan (Landing Spot) serta saat pendaratan pesawat. Kesilapan satu saat pengiraan masa akan menyebabkan penerjun tersasar 30 meter dan sekiranya satu minit kesilapan sasar adalah 1,800 meter. Pada waktu siang, penandaan menggunakan bom asap akan dibuat. Pada waktu malam, penandaan kawasan sasar digunakan menggunakan bantuan isyarat lampu.

Oleh kerana Platun Pandura menyusup masuk ke kawasan operasi sebelum pasukan utama sampai, Platun Pandura mesti boleh berdikari melaksanakan misi tanpa bantuan kumpulan daripada induk, dengan tanpa dikesani oleh pihak musuh. Sekiranya dikesani musuh, kawasan pendaratan tidak lagi selamat dan keselamatan pasukan induk akan dikompromi.

Platun Pandura juga mesti mahir menggunakan aset bantuan yang diberikan seperti memanggil dan membetulkan tembakan artileri, mengawal dan mengarah sasaran serangan oleh pesawat tentera udara dan mengarah dan mengawal bantuan tembakan dari kapal laut (Naval Gun Fire).

Peralatan

[sunting | sunting sumber]

Platun Pandura menggunakan sistem navigasi penting seperti Sistem Pandu Arah Pengendalian Payung Terjun (Opanas) dan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Mereka juga perlu mempunyai sistem perhubungan darat ke udara untuk membolehkan perhubungan antara Platun Pandura dengan pesawat-pesawat udara yang mengangkut pasukan induk. Selain itu, mereka perlu membawa peralatan tempur sepertimana anggota Infantri Para yang lain.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]