Pokok kacang hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kacang Hijau.
Vigna radiata

Pokok kacang hijau atau dalam bahasa Inggeris Mung bean mempunyai nama saintifil (latin) Phaseolus radiatus L. dari kumpulan Leguminoceae

Kacang hijau banyak ditanam di sawah dan ladang yang bertanah lembab dan cukup mendapatkan sinar matahari. Tumbuhan perdu berbatang basah ini tingginya mencapai 3 meter. Kacang hijau adalah tanaman pendek bercabang tegak. Bunganya berbentuk kupu-kupu dan berwarna kuning kehijauan atau kuning pucat. Dari bunga itulah terbentuk polongan yang berisi 10 - 15 biji kacang hijau.Kulitnya hijau berbiji putih dan sering dibuat kecambah atau tauge. Daunnya berbentuk segitiga menyirip.

Kegunaan kacang hijau[sunting | sunting sumber]

Pokok kekacang (legum) seperti kacang hijau, soya, dan kacang tanah. mampu membekalkan nitrogen kepada tanah dan membaik pulih sistem pembajaan tanah secara semula jadi. Ini menjadikan pokok kekacang sesuai sebagai tanaman selingan antara penanaman semula.

Kandungan & Zat[sunting | sunting sumber]

Kacang hijau mengandung zat-zat : amylum, protein, besi, belerang, kalsium, minyak lemak, mangganam, magnesium, niasin, Vitamin B1, A, dan E. Kacang hijau bermanfaat untuk melancarkan buang air besar.