Pokok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok-pokok di sekeliling tasik.

Pokok merupakan tumbuhan berkayu dalam alam tumbuhan. Sesejenis tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akar, batang, dahan, dan daun. Pokok juga mempunyai tempoh hayat yang lebih lama berbanding tanaman yang lain. Beberapa spesies pokok tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan terdapat pokok yang mampu untuk hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga mencecah seribu tahun. Pada tahun 2005, terdapat kira-kira 400 bilion pokok di Dunia, dengan purata 61 pokok untuk setiap orang.[1]

Bahagian penting bagi sebatang pokok adalah akar, badan, dahan, ranting, dan daun. Batang pokok kebanyakannya terdiri daripada tisu penyokong xilem (xylem}, dan tisu pengangkutan floem (phloem). Sebenarnya, kayu terdiri daripada sel xilem, dan kulit kayu kebanyakannya terdiri daripada floem. Apabila sebatang pokok bertambah tua, ia membina gelang pertumbuhan (growth ring).

Gelang pertumbuhan boleh dikira bagi memastikan usia pokok terutama bagi pokok yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana, dan digunakan untuk mengenalpasti usia dan tarikh kayu yang diambil dari pokok masa silam dengan menggunakan sains dendrokhronologi. Umbi pokok adalah pada lazimnya terbenam dalam bumi dengan itu membentuk pasak untuk biomass di permukaan tanah dan menyerap air dan garam-galian dari tanah.

Di atas permukaan tanah, batang pokok memberikan ketinggian untuk membenarkan cabang dan ranting berdaun memperolehi kelebihan berbanding tumbuhan lain untuk mendapatkan cahaya matahari. Dalam kebanyakan pokok, susunan dahan memberikan kelebihan untuk pendedahan optima daun kepada cahaya matahari. Matahari adalah penting untuk proses fotosintesis dalam penghasilan kanji bagi tumbuhan.

Pokok yang belum disisih[sunting | sunting sumber]

  1. Pokok adas
  2. Pokok antanan
  3. Pokok asam jawa
  4. Pokok baligo
  5. Pokok beluntas
  6. Pokok blewah
  7. Pokok cincau
  8. Pokok gambas
  9. Pokok genjer
  10. Pokok godobos
  11. Pokok gude
  12. Pokok handeuleum
  13. Pokok hotang
  14. Pokok kacip fatimah
  15. Pokok kangkung
  16. Pokok kedondong
  17. Pokok kelor
  18. Pokok kemandilan
  19. Pokok kemangi
  20. Pokok kemarongan
  21. Pokok kenikir
  22. Pokok keresmen
  23. Pokok koro
  24. Pokok krokot
  25. Pokok labu kuning
  26. Pokok labu mie
  27. Pokok labu parang
  28. Pokok labu siem
  29. Legetan
  30. Pokok mangkokan
  31. Pokok pakis merah
  32. Pokok peria
  33. Pokok petola ular
  34. Pokok pegaga
  35. Pokok petai
  36. Pokok pucuk gajus
  37. Pokok sambiloto
  38. Pokok selada air
  39. Pokok selasih
  40. Pokok selom
  41. Pokok sembung
  42. Pokok simbukan
  43. Pokok sintrong
  44. Pokok sladri
  45. Pokok takokan
  46. Pokok terung kecil
  47. Pokok terung pipit
  48. Pokok tongkat ali
  49. Pokok tualang
  50. Pokok ulam raja


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Going Out On A Limb With A Tree-Person Ratio, Morning Edition, National Public Radio. 12 Nov 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]