Politik Kampus: Mematangkan atau Merosakkan Demokrasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Politik kampus boleh dirujuk sebagai aktiviti politik yang terjadi di dalam atau sekitar kampus. Ia melibatkan interaksi, diskusi, dan advokasi berkaitan dengan isu-isu politik yang relevan dengan kebajikan, keperluan mahasiswa bersama pengurusan universiti. Tujan utama politik kampus adalam memberi pendedahan politik sihat dalam kalangan mahasiswa, seiring dapat melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam dunia kepimpinan.

Asas Politik[sunting | sunting sumber]

Bagi memahami apa itu politik kampus, perlu difahami politik secara literalnya dan asasnya terlebih dahulu. Frasa politik atau dalam bahasa Arab disebut dengan "siyasah", membawa maksud mengurus tadbir manusia serta segala sumber alam agar mendapat rahmat Tuhan sekalian alam. Apa jua politik, termasuk negara, negeri bahkan dalam kampus mesti berakar dari asas yang sama. Politik kampus perluklah menerrapkan dan lahir daripada konsep asas tersebut, dan perlu diterapkan menerusi pembudayaan intelek, pengurusan, kepimpinan dan aktivisme mahasiswa yang penuh kepelbagaian idealisme dan semangat jiwa muda. Proses seperti ini yang membentuk cara fikir dan kematangan mahasiswa sebagai bekalan sebelum mewarisi kepimpinan negara di setiap lapisanan peringkat.

Pembangunan politik yang positif dan murni mampu mewujudkan modenisasi, kemajuan ekonomi, ketertiban sosial dan kemajuan birokrasi. Bahkan sebaliknya, kesan daripada budaya politik negatif adalah pertembungan ideologi politik yang berbeza-beza dan ketaksuban dalam perjuangan parti politik masing-masing. Apa yang penting adalah penggunaan dan kefahaman politik seseorang individu itu sendiri.

Elemen- Elemen Penting dalam Politik Kampus[sunting | sunting sumber]

  1. Organisasi atau Pertubuhan Mahasiswa Politik: Di setiap pelosok univerisiti awam mahupun swasta, sekumpulan mahasiswa akan membentuk organisasi politik yang mewakili berbagai pandangan politik dan tujuan. Organisasi-organisasi ini dapat berfokus pada isu-isu seperti hak asasi manusia, kebajikan, keselamatan, feminisme, kesejahteraan mahasiswa, atau isu-isu sosial serta nasioal. Mereka berusaha mempengaruhi serta berdikusi solusi yang terbaik bagi menyelesaikan sesuatu isu demi kesejahteraan mahasiswa setempat.
  2. Respon dan Aksi Mahasiswa: Respon dan aksi mahasiswa adalah salah satu elemen yang penting dalam menjamin kestabilan politik kampus. Mahasiswa selalu akan melakukan demonstrasi, dapatan, atau aksi lainnya untuk mengekspresikan ketidakpuasan mereka terhadap pengurusan kampus, tuntutan sosial atau politik, atau isu-isu masyarakat yang lebih luas. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian, memberi kesedaran, dan menuntut perubahan drastik.
  3. Diskusi Politik dan Debat: Kampus juga menjadi tempat di mana mahasiswa dapat terlibat dalam diskusi politik, seminar, debat, atau berpidato. Melalui sesi berdiskusi dan berdebat, mahasiswa dapat mengembangkan pemahaman yang lebih baik tentang isu-isu politik, memberi pandangan dan pendapat mereka, dan melatih kemampuan berfikran kritis dan analitik secara khusus dalam bidang yang dipelajari.
  4. Pendidikan Politik dan Kesedaran Sosial: Politik kampus juga akan elibatkan daya upaya mehasiswa dalam pemahaman politik dan kesedaran sosial di kalangan mahasiswa. Perkembangan dan pemahaman budaya politik yang sihat dapat memberi kesedaran politik yang sihat kepada pelajar yang kurang tahu akan budaya politik yang sebenar-benarnya.
  5. Terlibat dalam Pilihan Raya Kampus: Mahasiswa dapat terlibat secara mutlak dalam pilihan raya kampus, seperti menguruskan pelaksanaan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Melalui penglibatan seperti ini, mahasiswa dalam dilatih dalam mengedalikan pilihan raya umum yang sebenar seterusnya dapat melahirkan kesedaran potilik kampus yang sihat.

Mahasiswa dan Politik[sunting | sunting sumber]

Politik di kampus mempunyai dimensi tersendiri sebagai "intellectual institution" dalam menyumbang kepada perkembangan daya intelektual masyarakat juga politik negara. Isu-isu nasional mahupun antarabangsa pantas mendapat perhatian warga kampus, dan tidak pernah terlepas daripada kritikan, perbahasan serta cadangan. Ini juga elemen yang membentuk politik kampus, menjadikan ia istimewa dengan nilai dan niche tersendiri. Memaknakan peranan mahasiswa kepada mahasiswa, universiti, serta rakyat dan negara daulat, sebagai mahasiswa, itulah politik kampus. Penglibatan dalam politik dan kepimpinan walaupun di bangku kampus memerlukan ilmu dan disiplin tinggi kerana ia melibatkan susunan strategi dan membuat keputusan. Tanpa ilmu, seseorang tidak mampu membuat keputusan yang tepat baik untuk mahsiswa mahupun masyarakat amnya. Justeru penting untuk mahasiswa menguasai ilmu asas kepimpinan sebelum menceburkan diri dalam politik dan kepimpinan pelajar. Mahasiswa dan politik tidak dapat dipisahkan. Semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan mahasiswa.