Pornografi dendam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pornografi dendam (revenge pornography) merujuk kepada pengedaran imej atau video lucah individu tertentu tanpa kebenaran mereka;[1]:346 di mana bahan-bahan tersebut mungkin diperolehi seseorang yang berada dalam suatu hubungan intim bersama mangsa terbabit sama ada dengan kebenaran mangsa ataupun sebaliknya. Pemilikan bahan lucah ini oleh pesalah laku mungkin digunakan untuk memeras ugut mangsa agar melakukan aksi lucah bersama, memaksa mangsa agar kekal dalam hubungan bersama pesalah laku, mahupun menghukum mangsa kerana memutuskan hubungan dengan pesalah laku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Citron, Danielle Keats; Franks, Mary Anne (2014). "Criminalizing Revenge Porn". Wake Forest Law Review. 49 (2): 345–392.