Port of Spain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Port of Spain
Bandar Port of Spain
NegaraTrinidad dan Tobago
BahagianBandar Port of Spain
Keluasan
 • Jumlah12 km2 (5 batu persegi)
Aras
66 m (217 ft)
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah37,074
 • Kepadatan3,090/km2 (8,000/batu persegi)
Zon waktuUTC-4 (UTC-4)

Port of Spain ialah ibu negara Trinidad dan Tobago, dan bandarnya yang ke-2 paling besar selepas San Fernando, dan daerah ke-3 paling besar selepas Chaguanas dan San Fernando..[1]

Port of Spain diasaskan dekat tapak kampung perikanan Amerindia Cumucurapo yang terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai Mucurapo di barat pusat bandar. Port of Spain berukuran 10.4 km2 dan terletak di bahagian utara laut pulau Trinidad di antara Teluk Paria, Banjaran Utara dan Paya Caroni. Perumahan di Port of Spain melingkungi rumah pangsa mewah yang menghadap perairan hingga rumah papan yang tidak ada perpaipan dalaman atau capaian kenderaan bermotor. Port of Spain ditabdir Perbandanan Bandar Port of Spain. Port of Spain merupakan pusat perniagaan dan membeli-belah untuk sebahagian besar negara ini. Pada tahun 1999/2000, terdapat 40 sekolah bantuan kerajaan yang terletak di Kawasan Pentadbiran Port of Spain. Port of Spain mempunyai 18008 orang penduduk lelaki dan 19066 orang penduduk perempuan, dengan 5694 perniagaan dan ada 12333 rumah tangga dan purata saiznya ialah 2.9 orang berdasarkan bancian pada tahun 2011. Trinidad mempunyai budaya kaya yang memeriahkan perayaan yang melebihi jangkaan orang ramai untuk pulau Caribbean sekecil ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Trinidad and Tobago – Country overview, Location and size, Population, Industry, Oil and gas, Manufacturing, Services, Tourism". Nationsencyclopedia.com. Dicapai pada 2010-06-26.