Portal:Anime dan manga/Rencana pilihan/8

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dragon Ball (Jepun: ドラゴンボー, Hepburn: Doragon Bōru) atau dikenali sebagai Mutiara Naga di Malaysia ialah sebuah manga oleh Akira Toriyama sebanyak 42 jilid novel grafik manakala 43 jilid di Malaysia. Sebelum itu, ia diterbitkan dalam majalah mingguan Mingguan Shonen Jump di Jepun dari 1984 hingga 1995. Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.