Son Goku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Son Goku
Watak Dragon Ball
Goku.png
Son Goku
Dicipta oleh Akira Toriyama
Profil
Spesies Saiyan
Jantina Lelaki
Saudara Bardock (Bapa), Raditz (Abang), Son Gohan (Anak pertama), Son Goten (Anak kedua)


Son Goku merupakan watak utama dalam kisah Dragon Ball rekaan Akira Toriyama. Son Goku yang berekor adalah keturunan bangsa Saiya, walaupun dia tidak mengetahui hal itu sehinggalah abangnya, Raditz, menceritakan sejarah masa kecilnya.

Son Goku yang lahir di planet Bezita diutuskan ke bumi untuk melakukan sebuah misi. Dia menghabiskan masa kecilnya dengan orang tua bernama Son Gohan, yang menemuinya sebatang kara di dalam hutan.

Pengembaraan Son Goku bermula ketika dia bertemu dengan Bulma yang sedang mencari Dragon Ball yang salah satunya terdapat di dalam rumah Son Goku (bola naga berbintang 4 adalah satu-satunya peninggalan datuk Son Goku). Seiring dengan perjalanan mereka berdua untuk mencari Dragon Ball, sedikit demi sedikit mereka bertemu dengan pelbagai watak lain seperti Datuk Kame yang kemudian menjadi guru pertama Son Goku, Wuron, Yamu, Buaru, Cici, dan lain-lain.