Portal:Anime dan manga/Rencana pilihan/7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
My Hero Academia

My Hero Academia (Jepun: 僕のヒーローアカデミア, Hepburn: Boku no Hīrō Akademia) (Bahasa Melayu: Hero Saya Academia) merupakan siri manga adiwira yang direka dan dikarang oleh Kohei Horikoshi. Siri manga diterbikan oleh Weekly Shonen Jump pada setiap minggu sejak Julai 2014 dan siri yang dijadikan format tankōbon ini juga telah mempunyai lapan jilid. Siri animasi telah dihasilkan oleh TOHO Animation; musim pertama ditayangkan pada 3 April 2016 sehingga 26 Jun 2016 di siaran MBS; musim kedua ditayangkan pada 1 April 2017 jam 5:30 petang (waktu Jepun) di siaran Yomiuri TV (kawasan kansai) dan Nippon TV (kawasan Kantō). Izuku Midoriya adalah seorang pelajar sekolah menengah rendah dalam dunia nyata di mana orang yang mempunyai kuasa luar biasa yang dikenali sebagai "Quirk" (Jepun: 個性, Hepburn: Kosei). Bagaimanapun, beliau impian satu hari akan menjadi Adiwira (Jepun: ヒーロー, Hepburn: Hiro), walaupun telah dibuli oleh rakan-rakan beliau kerana tidak mempunyai Quirk. Pembuli iaitu Katsuki juga dipanggil Kacchan. All Might, Hero yang terkuat di dunia, meminjam kuasa Quirk "One For All" kepada Izuku untuk menjadi seorang adiwira. Kisah Izuku bermula di Sekolah Tinggi U.A. (Jepun: 雄英 高校, Hepburn: Yūei Koko), sebuah latihan adiwira terkenal di Jepun.