Portal:Anime dan manga/Rencana pilihan/9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eromanga Sensei

Eromanga Sensei (Jepun: エロマンガ先生) merupakan siri novel ringan direka oleh Tsukasa Fushimi dan ilustrasi oleh Hiro Kanzaki. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works dibawah Dengeki Bunko pada 10 Disember 2013 dan kini mempunyai lapan buah jilid. Siri manga ilustrasi oleh Rin diterbitkan oleh ASCII Media Works dibawah Dengeki Daioh mulakan siri manga pada 24 Mei 2014. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures telah ditayangkan pada 8 April 2017 sehingga kini. Siri ini mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Masamune Izumi seorang novelis ringan secara sambilan. Sangat berminat menulis sebuah novel tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk melukis, Masamune mendapatkan pertolongan rakan kongsi menggunakan nama pena "Eromanga Sensei" menjadi ilustrasi dalam novel beliau, yang terkenal dengan lukisan yang menjolokan mata. Selain mengimbangi keghairahan dan sekolah, Masamune juga seorang penjaga kepada adik tiri perempuan bernama Sagiri Izumi selepas ibu Sagiri dan bapa Masamune meninggal dunia. Masamune bergantung kepada novel ringan untuk kehidupan seharian di rumah. Sagiri seorang hikikomori daripada alam semula jadi, menutup dirinya dalam biliknya untuk lebih setahun dan Masamune sentiasa makanannya di biliknya walaupun percubaan beliau untuk membawa Sagiri untuk meninggalkan biliknya.